• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Maut Nahas Gerabak Kereta Api Di Perancis

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ECKWERSHEIM – Sesi percubaan kereta api menggunakan laluan berkelajuan tinggi yang baharu dari Paris ke Strasbourg berakhir tragedi apabila ia tergelincir pada Sabtu berhampiran sempadan Jerman dan mengorbankan 10 penumpang.

Dalam kejadian sama, 32 yang lain cedera termasuk 12 mengalami kecederaan serius. Lima lagi tidak dapat dipastikan kerana tidak dapat disahkan sama ada mereka menaiki kereta api itu atau sebaliknya.

Menteri Alam Sekitar, Segolene Royal berkata, 49 orang dipercayai menaiki kereta api itu pada sesi percubaan itu yang melibatkan kakitangan SNCF, ahli keluarga dan jemputan lain.

Kemalangan itu dipercayai disebabkan kelajuan melampau, walaupun masih terlalu awal untuk membuat dakwaan sedemikian.

Royal berkata, pihaknya menolak kemungkinan ia berlaku akibat sabotaj, bagaimanapun kebimbangan tercetus kerana ia berlaku sehari selepas serangan di Paris yang mengorbankan sekurang-kurangnya 129 nyawa.

Gambar Reuters menunjukkan sebahagian gerabak itu memasuki terusan di sepanjang laluan, manakala bahagian lainnya mengalami kerosakan. Pasukan perubatan dan penyelamat polis turut berada di lokasi kejadian.

Fasa kedua Paris-Strasbourg menggunakan laluan berkelajuan tinggi TGV di mana kemalangan itu berlaku dijangka beroperasi pada April 2016. – mStar

[wpdevart_youtube]olziuSX15yI[/wpdevart_youtube]

Tags: kereta api
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

14/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden maut di timur laut Thailand, hari ini apabila sebuah kren pembinaan tumbang...

Kereta Api Terpantas Di Dunia Rekod Kelajuan 453 km/j

Kereta Api Terpantas Di Dunia Rekod Kelajuan 453 km/j

21/10/2025
0

BEIJING: Kereta api terpantas di dunia, CR450 memulakan siri ujian pra-perkhidmatan dengan merekodkan kelajuan maksimum 453 km/j, lapor Xinhua. Kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd