• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Terajui MOST IGC UNESCO

oleh Ahmad Albab
15/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dilantik sebagai Presiden Majlis Antara Kerajaan bagi Pengurusan Program Transformasi Sosial (MOST IGC) UNESCO di Paris, Perancis.

Menurut kenyataan kementerian itu di sini, Rohani mengambil alih jawatan itu daripada Menteri Pembangunan Sosial Argentina Dr Alice Kirchner dan beliau akan menerajui kepimpinan MOST IGC bagi tempoh 2015-2017.

MOST yang dilancarkan pada 1994, satu-satunya program UNESCO yang menggalakkan penyelidikan sains sosial yang akan diguna oleh pembuat dasar di peringkat global yang terdiri daripada 35 negara anggota UNESCO termasuk China, Turki, Brazil, Kanada dan Indonesia.

Rohani dalam ucapan aluannya pada MOST IGC di Paris, selepas memenangi jawatan itu berkata beliau terharu dengan penghormatan yang diberi dan akan terus mengukuhkan bidang sains sosial dan kemanusiaan serta kerja-kerja yang dilakukan majlis itu untuk menyokong negara anggota dengan lebih berkesan bagi pelaksanaan dasar awam.

“MOST mempunyai peranan berharga dan tersendiri dalam penyelidikan bidang sains sosial dan kemanusiaan, yang bertindak sebagai pemudah cara bagi kerjasama dan penggemblengan kapasiti, forum perdebatan dan rujukan bagi dasar berorientasikan pertimbangan,” menurut kenyataan itu.

Menteri itu berkata untuk menyokong transformasi sosial terhadap pertumbuhan inklusif dan pembangunan mampan, MOST akan bekerjasama dengan institusi pendidikan untuk memperkayakan asas pengetahuan sains sosial dan kemanusiaan, mengadakan forum antara kerajaan dan menyalurkan pengetahuan melalui dasar yang sesuai.

Program itu telah mewujudkan kepakaran dalam menghubungkan pengetahuan dan pembentukan dasar negara khusus dalam pelbagai bidang seperti kemiskinan, kebuluran dan ketidaksamaan, inklusif dan pendidikan berkualiti yang saksama,
ketidaksamaan gender, kemampanan dan keadilan sosial.

Rohani berkata MOST akan terus mewujudkan dialog dua hala antara ahli akademik dan pembuat keputusan, di samping mengukuhkan hubungan kerjasama dalam program pembangunan sosial yang terbukti berkesan dalam mengurangkan jurang ekonomi dan sosial.

Beliau menegaskan Malaysia akan terus menyumbang dalam semua aspek tugasan yang dilakukan UNESCO dan seterusnya menzahirkan objektif murninya. – BERNAMA

Tags: Rohani Abdul KarimUNESCO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

09/07/2024
0

Kerajaan Melaka akan membuat permohonan semula kepada Jabatan Warisan Negara bagi membangunkan kawasan tambak laut yang digazetkan sebagai Tapak Warisan...

Isu Kampung Baru Cina Warisan UNESCO Perlu Dibincang Di Kabinet, Parlimen

Isu Kampung Baru Cina Warisan UNESCO Perlu Dibincang Di Kabinet, Parlimen

10/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Cadangan menjadikan kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd