• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jet Peribadi Mewah Ronaldo Bernilai RM83 Juta

oleh
27/11/2015
dalam Hangat, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LISBON – Pemain sensasi kelab elit Sepanyol, Real Madrid iaitu Cristiano Ronaldo, dilaporkan sanggup berbelanja mewah sehingga 19 juta euro (kira-kira RM83.2 juta) untuk membeli sebuah jet peribadi eksklusif.

Menurut akhbar ternama Portugal, Correo da Manha, bintang kelahiran Portugis yang berusia 30 tahun itu meminati pesawat jenama Gulfstream model G200 keluaran firma aeroangkasa terkenal Amerika Syarikat.

Ronaldo sudah pun menaiki jet tersebut ketika bertolak dari ibu kota Sepanyol, Madrid ke London Britain pada Isnin lalu untuk menghadiri tayangan perdana filem dokumentari Ronaldo di pawagam Odeon Leicester Square.

Baca: Gambar Penthouse Mewah Cristiano Ronaldo Di New York

Juga: Ronaldo Hadiahkan Kawan Sebuah Pulau Sempena Perkahwinan

Lagi: Ronaldo Derma RM27 Juta Bantu Mangsa Gempa Di Nepal

Cristiano-Ronaldo-private-jet-Lisbon-630x394

GettyImages-79579622-742x505

Pesawat kelas perniagaan dengan kelajuan 900 kilometer sejam ini mampu mengangkut sehingga 10 penumpang. Di dalamnya ada tandas khusus direka berasingan untuk penumpang dan kru, ruang rehat serta sebuah dapur.

Menurut portal penerbangan antarabangsa Aviation Today, Gulfstream G200 kali terakhir dikeluarkan pada Disember 2011 oleh firma asalnya Israel Aircraft Industries dengan pengeluaran hanya sejumlah 205 unit.

Ronaldo bukanlah satu-satunya selebriti yang ada Gulfstream. Aktor Hollywood, Arnold Schwarzenegger memiliki model Gulfstream III, manakala pelakon komedi, Jim Carey mempunyai Gulfstream V. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Cristiano RonaldoReal Madrid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

10/03/2023
0

LONDON: Cristiano Ronaldo sekali lagi menunjukkan keprihatinannya apabila menghantar pesawat khas penuh dengan muatan barangan penjagaan diri dan perubatan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd