• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ERA fm Diiktiraf Stesen Radio Paling Popular Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
14/11/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – ERA fm mendominasi tangga teratas stesen radio paling popular di Malaysia berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsan.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Jake Abdullah berkata, ERA fm dilaporkan mempunyai seramai 4.7 juta pendengar, Sinar FM (3.4 juta pendengar) diikuti THR (3.6 juta pendengar).

“ERA fm, hitz fm, MY FM, dan THR Raaga tidak berganjak kedudukan mereka sebagai stesen No.1 mengikut kategori bahasa masing-masing iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

“Manakala THR Gegar turut mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio No.1 di wilayah Pantai Timur,” katanya dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Jake berkata, program JoHaRa Pagi ERA yang dikendalikan Johan, Haniff dan Ray terus menerajui segmen Sarapan Pagi tertinggi dengan 2.6 juta pendengar.

Manakala segmen Petang SATE bersama Shahrol, Dina dan Tauke di stesen tersebut dilaporkan berjaya menarik 2.5 juta pendengar seminggu.

“Sementara itu, MY FM juga kekal sebagai stesen Bahasa Cina No.1 Malaysia dengan 2 juta pendengar dan stesen MELODY FM yang dilancarkan untuk pendengar Cina matang mengalami peningkatan pendengar sebanyak 48 peratus daripada 398,000 kepada 589,000 pendengar,” katanya. – mynewshub.cc

Baca: Kosmo! Terus Naik, Metro Pula Jatuh Paling Teruk

Tags: DJ radioERA fm
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengendali Stesen Radio Era FM Dikompaun RM250,000

Pengendali Stesen Radio Era FM Dikompaun RM250,000

11/03/2025
0

CYBERJAYA - Pengendali stesen radio Era FM, Maestra Broadcast Sdn Bhd dikompaun RM250,000 bagi kesalahan memuat naik kandungan jelik melampau di...

“Lompat Tak Salah, Selagi Tak Langgar Kontrak” – Shahrol

07/08/2018
0

PELAWAK Shahrol Shiro memberitahu tindakannya berpindah-pindah stesen radio bukan satu kesalahan selagi ia tidak melanggar sebarang kontrak. Penyampai segmen Team...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd