• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Cap Saya Rasis Kerana Bela Bumiputera – Ismail Sabri

oleh Ahmad Albab
14/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau tidak seharusnya dicap sebagai rasis semata-mata kerana beliau menyuarakan kepentingan Melayu dan Bumiputera.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu menegaskan beliau akan terus membela nasib orang Melayu dan Bumiputera tanpa menindas kepentingan kaum lain.

“Mungkin saya telah dicop rasis tetapi prinsip saya senang…kita bela kaum kita dan jangan tindas kaum lain. Selagi itu dilakukan, bagi saya tidak ada salah dengan apa yang saya lakukan.

“Jika pemimpin Cina mahu bercakap mengenai kaum tersebut, silakan, tiada masalah tetapi bila saya sebut tentang Melayu jangan anggap saya rasis,” katanya mengulas kenyataan anggota jawatankuasa pusat MCA Datuk Lua Choon Hann semalam yang menuduhnya menggunakan isu rokok elektronik atau vape sebagai isu perkauman.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan majlis konvokesyen Kolej Universiti Agrosains Malaysia kali ke-14 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini Khamis.

Ismail Sabri berkata sebagai rakan komponen Barisan Nasional, MCA sepatutnya memahami tanggungjawab beliau sebagai pemimpin UMNO dalam membantu kaum Melayu kerana begitu juga dilakukan oleh parti komponen lain untuk kaum masing-masing.

Katanya UMNO tidak ada masalah jika MCA cuba berbuat sesuatu untuk kaum Cina malah adakalanya sedia bekerjasama untuk tujuan itu.

Ismail Sabri menggesa Lua berhenti melabelkan dirinya sebagai rasis sebaliknya fokus kepada usaha menarik lebih ramai pengundi Cina menyokong MCA dan BN.

Beliau berharap Kementerian Kesihatan dapat segera bertemu dan berbincang bersama peniaga-peniaga vape, bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap isu berkenaan. – BERNAMA

Tags: Ismail Sabrirasis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd