• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Lumpur Kali Kedua Mungkin Berlaku Di Lebuhraya KL-Karak

oleh Ahmad Albab
14/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menolak kemungkinan akan berlaku banjir lumpur kali kedua di Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur sekiranya hujan turun dengan lebat petang Khamis.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Soiman Jahid berkata ini kerana menerusi tinjauan yang dilakukan jabatan itu menerusi udara mendapati masih terdapat takungan air di puncak bukit berhampiran lebuh raya berkenaan.

“Sekiranya berlaku hujan lebat petang ini, ia boleh menyebabkan aliran air berlaku sekaligus banjir lumpur berlaku sekali lagi dan akan membawa bersama batu-batu besar serta kayu balak yang terletak berhampiran.

“Sehubungan itu, kita sudah pun berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Anih Berhad, pemegang konsesi lebuh raya itu bagi mencari penyelesaian untuk melepaskan air takungan tersebut bagi mengelak kejadian serupa berlaku,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di tempat kejadian di sini.

Beliau berkata hasil tinjauan juga mendapati terdapat aktiviti pembalakan di puncak bukit berhampiran kawasan kejadian, namun menafikannya sebagai punca kepada kejadian banjir lumpur di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pukul 6.30 petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata laluan kedua-dua arah di lebuh raya terjejas itu hanya akan dibuka selepas kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan oleh Anih Berhad.

“Penutupan jalan ini adalah untuk mengelakkan berlakunya insiden runtuhan kedua di lokasi yang sama sementara menunggu kerja-kerja pembersihan dilakukan.

“Dalam masa yang sama juga, waktu kita membuka kembali laluan juga bergantung kepada pengesahan daripada pakar cerun yang dibawa oleh Anih Berhad selain keadaan cuaca semasa,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai diharapkan bersabar dan menggunakan jalan alternatif yang disediakan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk menangguhkan dahulu perancangan untuk ke Kuala Lumpur-Kuantan-Kuala Lumpur sehingga proses pembersihan jalan selesai sepenuhnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bombatanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd