• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Graduan UCAM Disaran Jadi Usahawan – Ismail Sabri

oleh Ahmad Albab
12/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Graduan Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) disaran menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan berdasarkan pembelajaran yang diikuti mereka di institusi itu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebagai institusi yang menumpukan kepada pembelajaran dalam bidang pertanian dan perladangan, graduan UCAM sewajarnya merebut peluang luas yang tersedia dalam industri pertanian dan agro makanan.

“Kita tidak mahu ada tanggapan dalam kalangan pelajar UCAM bahawa peluang pekerjaan telah tersedia atau disediakan kerajaan untuk mereka selepas menamatkan pelajaran.

“Dengan pembelajaran profesional yang ada, graduan UCAM sebenarnya mempunyai peluang besar untuk meneroka industri pertanian dan perladangan, seterusnya menjadi ahli perniagaan cemerlang khususnya dalam sektor agromakanan,” katanya pada sidang media sempena Konvokesyen UCAM Ke-14 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UCAM Datuk Dr Faridah Hanam Mohd Rashid dan Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Pada majlis itu, seramai 750 graduan UCAM atau dahulunya dikenali sebagai Kolej Risda menerima sijil dan diploma masing-masing.

Ismail Sabri berkata berdasarkan kebergantungan import makanan negara sebanyak RM39 bilion setahun, ruang keusahawanan sememangnya begitu besar dan terbuka luas untuk diterokai khususnya oleh pelajar yang sememangnya terdedah dengan pengetahuan dalam bidang tersebut.

Dalam pada itu, beliau mahu usaha mengukuhkan UCAM sebagai pusat pengajian berasaskan pertanian dikembangkan dengan memperbanyak aktiviti penyelidikan dan pembangunan melalui kerjasama pintar dengan pihak industri terutamanya bagi memperkenal teknologi baharu pembangunan pertanian.

Dengan keistimewaan tersendiri sebagai institusi pengajian tinggi berasaskan pertanian, Ismail Sabri yakin UCAM boleh menjadi pemangkin dalam meneroka bidang itu bagi meningkatkan nilai tambah kepada usahawan pertanian dan perladangan.

“Melalui program stategik dan bermodel perniagaan, saya percaya UCAM mampu menjadi pemangkin aspirasi kementerian antaranya untuk meningkatkan pendapatan penduduk desa ke tahap 80 peratus berbanding penduduk bandar serta melibatkan 30 peratus penduduk desa dalam aktiviti keusahawanan menjelang 2020,” katanya. – BERNAMA

Tags: graduanIsmail Sabri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd