• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Cuti Sakit, Perbicaraan Kes Saman Mustapa Ditangguh

oleh Ahmad Albab
12/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes saman fitnah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed terhadap bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa serta empat lagi terpaksa ditangguhkan pada Khamis selepas peguam utama menteri itu cuti sakit.

Mustapa hadir di Mahkamah Tinggi seawal 9.15 pagi bagi memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan membabitkan kes samannya yang dijadualkan berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Saman itu berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan Husam terhadap Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkaitan saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Terdahulu, peguam Lew Cho Kang yang mewakili Mustapa memaklumkan kepada mahkamah bahawa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak dapat hadir pada prosiding hari ini kerana cuti sakit bermula semalam.

Lew yang mengemukakan sijil cuti sakit Muhammad Shafee kepada mahkamah turut memohon supaya perbicaraan kes itu ditangguhkan ke tarikh lain.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Nor Bee Ariffin berkata perbicaraan kes itu yang beberapa kali tertangguh sebelum ini tidak sepatutnya ditangguhkan lagi kerana plaintif (Mustapa) hadir hari ini untuk memberi keterangan.

“Namun sekiranya peguam mahu kes hari ini ditangguhkan, saya akan mempertimbangkannya,” kata hakim itu.

Mahkamah kemudiannya membenarkan penangguhan perbicaraan kes itu dan menetapkan 30 Nov untuk pengurusan kes manakala 27 Jan tahun depan ditetapkan untuk perbicaraan kes berkenaan.

Perbicaraan kes itu yang dijadualkan bersambung esok turut dilapangkan kerana Muhammad Shafee mempunyai satu kes lain membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Senator Datuk S. Nallakarupan di Mahkamah Tinggi di sini esok.

Prosiding hari ini turut dihadiri peguam Mohamad Fitri Khalis Ahmad, mewakili Husam.

Pada 7 Okt lepas, mahkamah menetapkan dua hari bermula hari ini untuk perbicaraan penuh kes itu selepas pihak plaintif dan defendan gagal mencapai penyelesaian.

Pada 22 April 2013, Mustapa memfailkan saman terhadap Husam, yang ketika itu Anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan, parti PAS, Setiausaha Agung PAS yang juga pemegang permit akhbar Harakah Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang serta Pengarang http:/harakahdaily.net. Zulkifli Sulong dan Azmi Yusof sebagai defendan.

Dalam penyataan tuntutan, Mustapa mendakwa Husam, pada 23 Mac 2013, dalam ceramah politiknya di Tapak Expo Machang, Kelantan, mengeluarkan perkataan fitnah terhadap beliau berhubung saham FGVH.

Mustapa, yang juga Anggota Parlimen Jeli, mendakwa bahawa pada 24 Mac 2013, PAS dan defendan lain menyiarkan ucapan Husam yang didakwa berbaur fitnah itu menerusi harakahdaily.net yang boleh diakses berjuta pengguna laman web.

Mustapa mendakwa kenyataan itu bermaksud beliau seorang pemimpin dan ahli politik yang korup, tidak berkredibiliti dan menyalahgunakan kuasanya bagi kepentingan peribadi dan pemimpin UMNO. – BERNAMA

Tags: Mustapa MohamedPeguam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd