• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ezany Akui Bercinta Dengan Janda Bergelar Datin Paduka

oleh AK-47
13/11/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN kes penceraiannya masih belum selesai, pelakon Ezany Nizariff mengakui sudah mempunyai kekasih baharu yang dikenali sebagai Datin Paduka K.

“Saya perlu akur bahawa saya memerlukan seorang isteri di sisi untuk menjaga saya, menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Alhamdulillah saya jumpa seseorang yang berfikiran matang dan memahami saya.

“Dia seorang janda yang mempunyai gelaran Datin Paduka. Saya gelarkan dia Datin Paduka K saja,” katanya kepada mStar Online.

Namun Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff, 41, enggan mendedahkan identiti wanita itu kerana mereka masih lagi di fasa perkenalan.

Dalam pada itu, Ezany memberitahu kes permohonan nusyuz (perintah kembali taat) terhadap isterinya Lizda Nuryanti Abidin, 32, masih berjalan dan berharap perkara itu dapat selesai dengan segera.

Ezany yang sebelum ini sukar menerima hakikat rumah tangganya bakal berakhir setelah isterinya menfailkan permohonan cerai, akui sudah mula reda dengan ketentuan Ilahi dan menganggap mereka tiada jodoh.

“Saya sudah tidak berdendam dengannya lagi. Bagi saya, biarlah saya teruskan kehidupan tanpa mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin akan saya dapat.

“Saya pun sudah ada seseorang yang saya cintai. Jadi lebih baik kes (perceraian) diselesaikan dengan segera. Cuma itulah, sudah beberapa kali dia tidak hadir ke mahkamah dan saya pun susah untuk menjejakinya,” ujar Ezany.

Ezany dan Lizda diijabkabulkan pada 1 Julai 2007 dan memiliki dua anak bersama.

Sumber: mStar Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=3fTgOEbmqG4]

Tags: Ezany
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Mahkamah Telah Buktikan Saya Tak Salah’ – Ezany Nizariff

12/04/2016
0

SETELAH sekian lama bergelut dengan masalah rumah tangga, mahkamah syariah akhirnya memerintahkan isteri pelakon Ezany Nizariff, iaitu Lizda Nuryanti Abidin...

Isteri Ezany Nizariff Tampil Dedah Perkara Sebenar, Dia Difitnah

01/03/2017
0

EZANY  Nizariff sebelum ini tampil menceritakan segala kenangan pahit perjuangannya menyelamatkan rumah tangga selepas mendakwa isterinya curang lalu lari mengikut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd