• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ular Sawa ‘Gergasi’ Ditangkap, Baham Ayam Dalam Reban

oleh Ahmad Albab
13/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Masalah ternakan penduduk terutama ayam yang sering hilang berakhir malah kebimbangan serta tanda tanya terjawab apabila seekor ular sawa gergasi sepanjang lapan meter berjaya ditangkap di Kelulut, malam kelmarin.

Ular sawa seberat 120 kilogram itu berjaya ditangkap sekumpulan empat anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Marang dalam keadaan kekenyangan selepas menelan beberapa ayam milik penduduk kampung.

Ketua operasi, Koperal Nik Mohd Firdaus Nik Riduan, 26, berkata, pihaknya menerima panggilan selepas penduduk mengadu menemui reptilia tersebut pada jam 10 malam.

“Sebaik kami tiba, ular sawa gergasi itu bersembunyi dalam reban ayam. Ketika itu, berdasarkan lingkaran lilitannya, kami percaya ia reptilia paling besar pernah dilaporkan ditemui penduduk pada tahun ini.

“Selepas didekati, kami dapati ular tersebut dalam keadaan kekenyangan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pejabat JPAM Marang, semalam.

Menurutnya, dia bersama tiga lagi anggota mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan ular itu dari dalam reban ayam ke kawasan lapang sebelum berjaya memasukkannya ke dalam sangkar khas yang disediakan.

Menurutnya, dengan penangkapan ular sawa itu, penduduk Kampung Kelulut kini tidak perlu lagi bimbang kehilangan haiwan ternakan.

Difahamkan, reptilia itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri tidak lama lagi. – Sinar Harian Online

Tags: JPAMular sawa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak 10 Tahun Hampir Maut Digigit & Dibelit

Budak 10 Tahun Hampir Maut Digigit & Dibelit

09/01/2026
0

  Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun hampir menemui ajal selepas digigit dan dibelit ular sawa batik berhampiran rumah bapa...

Kejadian Lepaskan 3 Ekor Ular Sawa Di Putra Heights, Disiasat Jabatan Perhilitan

Kejadian Lepaskan 3 Ekor Ular Sawa Di Putra Heights, Disiasat Jabatan Perhilitan

11/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai tindakan tiga individu yang dikesan melepaskan tiga ekor ular sawa di kawasan longkang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd