• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembalakan Tak Terkawal Punca Tanah Runtuh Di Karak – Peka

oleh Ahmad Albab
13/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran kawasan Lentang-Bukit Tinggi dipercayai berpunca daripada kegiatan pembalakan tidak terkawal di kawasan Hutan Lipur Lentang.

Kebimbangan itu sebelum ini pernah disuarakan oleh Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil apabila melihat kegiatan pembalakan tidak terkawal berlaku di hutan itu ekoran projek laluan Tenaga Nasional Malaysia Berhad (TNB) dari Bentong ke Lenggeng, Negeri Sembilan.

Beberapa tindakan juga telah dilakukan termasuk menghantar surat bantahan kepada kerajaan negeri selain masalah turut disiarkan di media massa, namun tindakan penguatkuasaan masih longgar menyebabkan pihak yang berkenaan rakus mencabul hutan yang menjadi antara kawasan utama tadahan air di negeri ini.

“Kerja-kerja pembukaan hutan difahamkan telah bermula sejak akhir Oktober 2013 dan selepas itu, pihak yang berkenaan dengan rakus telah meneroka hutan di kawasan Hutan Lipur Lentang atas nama pembangunan walaupun ia terletak luar daripada jajarannya.

“Apabila kita mendapat tahu hal ini, Peka pernah menghantar surat secara rasmi kepada kerajaan negeri pada 20 Jan tahun lepas termasuk melahirkan kebimbangan tentang kesan-kesan perbuatan tersebut,” katanya kepada Bernama di sini Rabu malam.

Shariffa Sabrina berkata, walaupun beberapa siri bantahan dilakukan, namun kegiatan itu masih rancak berlaku menyebabkan hutan semakin gondol sekaligus mendakwa ia menjadi antara punca kejadian tanah runtuh yang berlaku petang semalam.

“Akibat projek laluan TNB Lenggeng-Bentong ini ekologi telah tercemar, tanah juga terdedah kepada hujan menyebabkan aliran air di permulaan bertambah dan tidak terserap ke dalam tanah, tetapi terus mengalir menyebabkan kejadian ini berlaku.

“Ia boleh menyebabkan kejadian yang lebih serius sekiranya kegiatan penerokaan hutan secara haram di Bukit Tinggi dan Hutan Lipur Lentang ini tidak dihentikan kerana ia melibatkan kawasan jajaran utama negeri ini,” katanya.

Katanya hujan lebat dan tanah runtuh yang berlaku 6.30 petang semalam turut mengakibatkan kawasan Tanah Aina Fareena dilanda banjir setinggi lebih satu meter dan ia merupakan kejadian pertama sejak kawasan eko-pelancongan seluas tiga hektar itu dibuka 12 tahun lepas.

Beliau berkata ia menyebabkan semua perabot dan peralatan di kawasan percutian yang sering menjadi tumpuan orang ramai itu rosak.

Sehubungan itu, Shariffa Sabrina meminta kerajaan negeri dan pihak berkuasa memandang serius hal ini dan mengambil tindakan drastik menghentikan kegiatan pembalakan secara tidak terkawal itu untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku termasuk mengakibatkan kehilangan nyawa. – BERNAMA

Tags: Pembalakantanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd