• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerbangan Sulung Pesawat Penumpang Mitsubishi

oleh Ahmad Albab
12/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Tokyo – Jet penumpang komersial Jepun yang yang projeknya dimulakan 50 tahun lalu, membuat penerbangan sulung hari ini.

Pesawat 100 tempat duduk Mitsubishi Regional Jet (MRJ) itu melakukan penerbangan selama sejam, berlepas dari Lapangan Terbang Nagoya.

Mitsubishi Heavy Industries yang membina pesawat pejuang Zero ketika Perang Dunia Kedua berharap pesawat komersial berharga $47 juta itu akan menyaingi Bombardier Inc dari Kanada sebagai pengeluar kedua terbesar dunia pesawat penumpang kecil. Pengeluar utama dunia pesawat itu ialah syarikat Brazil, Embraer SA.

MRJ ialah pesawat penumpang komersial pertama Jepun selepas pesawat 64 tempat duduk YS-11 memulakan penerbangan 50 tahun lalu.

Pesawat pertama MRJ akan mula diterima pelanggan pada Jun 2017 iaitu syarikat penerbangan terbesar Jepun, ANA Holdings.

Mitsubishi merancang menjual lebih 2,000 pesawat itu dan sudah menerima 233 tempahan dengan yang terbesar ialah 100 pesawat daripada syarikat penerbangan tempatan Amerika Syarikat, Trans State Holdings.

Menurut Mitsubishi, MRJ mampu mengurangkan sehingga 20 peratus bahan api, menggunakan enjin Pratt & Whitney.

Percubaan Jepun memasuki pasaran penerbangan komersial melalui konsortium yang turut membabitkan Mitsubishi mengeluarkan YS-11 gagal. Hanya 182 pesawat itu dibina.

Mitsubishi kemudian menjadi pembekal utama kepada Boeing Co, termasuk sayap pesawat. – Reuters/myMetro Online

Tags: jetmitsubishi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rusia Nafi Jet Pejuang Bom Sempadan Afghanistan-Tajikistan

28/08/2018
0

KABUL - Sebuah pesawat Tajikistan atau Rusia mengebom daerah sempadan di timur laut Afghanistan ketika pertembungan antara lelaki bersenjata dan...

Jet Pejuang F-15 AS Terjunam Ke Laut Okinawa

11/06/2018
0

TOKYO - Jet pejuang F-15 Amerika Syarikat (AS) terjunam jatuh ke laut Okinawa, selatan Jepun, lapor agensi berita Xinhua. Bagaimanapun,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd