LONDON – Penduduk membantah tindakan London Ambulance Service yang memutuskan untuk tidak bunyi siren selama dua minit bagi menghormati Armistice Day, iaitu hari peringati ulang tahun berakhirnya Perang Dunia Pertama.
“Kakitangan kami tidak akan membunyikan siren antara 10.45 hingga 11.10 pagi ketika menangani panggilan kecemasan dalam keadaan selamat yang mungkin sebagai tanda hormat #ArmisticeDay,” demikian mesej yang tertulis menerusi Twitter.
Berita yang diumumkan melalui Twitter itu menyebabkan orang ramai membantah kerana ia boleh membahayakan nyawa.
Ia juga mengakibatkan Twitter pihak London Ambulance Service dihujani dengan kemarahan ramai.
“Kau gilakah? Kau hanya membahayakan nyawa orang ramai.
“Kamu sepatutnya menggunakan siren dengan cara yang betul sebagai menghormati pesakit yang memerlukan bantuan perubatan.
“Ia menunjukkan bahawa kamu kadang kala menggunakan siren untuk perkara yang tidak perlu,’’ demikian kata-kata nista dan kecaman yang diterima London Ambulance Service. – Agensi

