• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Van Mengaku Tidak Bersalah Angkut Rokok Seludup

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan mengangkut barangan larangan import iaitu rokok putih yang ditaksir bernilai RM60,000 pada minggu lepas.

Tertuduh, Boo Gaik Kung, 39, didakwa melakukan perbuatan itu di Plaza Tol Kuala Terengganu Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Kampung Gemuruh dekat sini pada 1.20 pagi, 3 Nov lalu.

Ia melibatkan 3,750 karton rokok dengan keseluruhan 750,000 batang rokok jenama Astro dengan menggunakan sebuah kenderaan van jenis Toyota Hiace.

Tertuduh berasal dari Kuantan yang tidak diwakili peguam itu didakwa mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta yang sama.

Sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilainya dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barangan atau penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Majistret Abdul Hayyi Salim menetapkan kes disebut semula pada 8 Dis ini serta membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya Nurliyana R. Azmi. – BERNAMA

Tags: mahkamahRokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd