• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Maut 2 Kenderaan Bertembung

oleh Ahmad Albab
09/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Banting – Suami isteri yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 64.5 Jalan Klang-Banting berhampiran Tanjung Sepat, di sini, petang semalam.

Dalam kemalangan kira-kira 6 petang itu, Mad Sajuni Mero, 61, dan isterinya, Asmah Tomas, 59, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Difahamkan, kereta yang dipandu Mad Sajuni hilang kawalan sebelum memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Kuala Langat, Asisten Superintendan Mohd Ayob Abu berkata, kereta yang dinaiki mangsa kemudiannya masuk ke dalam parit.

Beliau berkata, akibat pertembungan itu, mangsa yang dalam perjalanan dari Sungai Pelek menuju ke rumah mereka di Kampung Endah maut kerana tersepit di tempat duduk depan.

“Pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mangsa dari kereta yang terbabas ke dalam parit.

“Pemeriksaan lanjut oleh pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata,kereta yang dinaiki mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat manakala pemandu pacuan empat roda turut dihantar ke hospital sama untuk pemeriksaan lanjut.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi polis untuk menyalurkan maklumat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – myMetro Online

Tags: kemalangan mautSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd