JANGAN terkejut, Kim Jong Un kini menetap di Chicago, siap naik komuter lagi.
Tapi jangan terkejut juga bila diberitahu, lelaki dimaksudkan bukan Jong Un sebenar sebaliknya seseorang yang mempunyai rupa sama seperti pemimpin Korea Utara itu.
Dia bukan setakat memakai baju seperti Jong Un malah turut berambut ala-ala pemimpin berkenaan.
Menurut salah seorang penumpang, lelaki itu telah mengejutkan orang ramai ketika dia menaiki komuter.
“Meskipun saya tidak yakin dia adalah Kim Jong Un, tetapi rupanya `sebijik’ seperti Kim Jong Un,’’ demikian tulis salah seorang penumpang yang merakam gambar lelaki berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

