• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengulas Sukan Tidur Berdengkur Masa ‘Live’ Dipecat

oleh
11/11/2015
dalam Hangat, Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang pengulas bola sepak terkenal China kehilangan pekerjaannya gara-gara tertidur nyenyak ketika perlawanan keempat Liga Juara-Juara antara Real Madrid, Sepanyol dan Paris Saint-Germain, Perancis.

Menurut akhbar tempatan, People’s Daily, kejadian yang berlaku pada Selasa lalu itu turut menyaksikan Dong Lu, 46 tahun; berdengkur dengan kuat sehingga dapat didengar penonton stesen televisyen Internet, LeTV sendiri.

Lelaki berkenaan dikatakan terlalu mengantuk apabila diminta bertugas pada pukul 3.45 pagi waktu tempatan untuk membuat ulasan secara langsung perlawanan sengit kelab gergasi Eropah itu beraksi dalam kumpulan A.

Kejadian cukup memalukan itu terjadi pada 20 minit terakhir perlawanan di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid tersebut tamat apabila dia didengar berdengkur cukup lantang menyebabkan ramai penonton terkejut besar.

Malah bermula pada minit ke-79, tiada lagi kedengaran suara ulasan Lu, sebaliknya penonton dilaporkan ketawa dan berkongsi cerita pengalaman lucu dengan insiden tidak diduga tersebut menerusi media sosial tempatan.

Pihak pengurusan LeTV yang berasa amat malu ekoran peristiwa berkenaan telah memecat pengulas veteran tersebut meskipun Lu kemudian dikatakan sudah memohon maaf secara terbuka dan menyesali perbuatannya itu.

Sedih dibuang kerja, beliau yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pengulasan perlawanan sebaliknya berhasrat membuat ulasan sukan menerusi penulisan laman blog dirinya pula untuk para peminatnya sendiri.

Perlawanan tersebut dimenangi pasukan tuan rumah hasil jaringan gol tunggal oleh Nacho setelah dia baharu dua minit menggantikan Marcelo yang mengalami kecederaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: pengulasReal Madrid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd