• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bersayap Terbang Sebelah Pesawat Demi Iklan Emirates

oleh
11/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUBAI – Dua lelaki bersayap terbang ‘berdampingan’ dengan sebuah pesawat penumpang terbesar di dunia jenis Airbus A380 milik syarikat Emirates di ruang angkasa bandar raya Dubai untuk pembikinan satu video iklan.

Kedua-duanya yang mengenakan jetpack (baju khas dengan pendorong roket dan sayap) tersebut dilihat seperti cuba mengejar pesawat superjumbo itu pada jarak ketinggian 6,000 kaki (sekitar 2,000 meter dari paras laut).

Menurut media tempatan, Yves Rossy dan Vince Reffet yang kerjaya mereka berdua ialah stuntman atau pelagak ngeri profesional sebelum ini memang sudah terkenal dengan pelbagai aksi berbahaya terbang bersayap di langit.

Baca: Emirates Tempah Pesawat Terbesar 615 Kerusi


Dalam video yang dapat disaksikan menerusi laman YouTube itu, terlihat betapa kecilnya dua lelaki ini yang juga digelar Jetman di sisi sebuah Airbus A380. Video ini juga dipaparkan dalam resolusi 4K dengan kejelasan tinggi.

Perlu diketahui bahawa model A380 ialah pesawat penumpang komersial dua tingkat paling besar di dunia pada masa ini yang mampu mengangkut lebih 800 penumpang dan biasanya digunakan untuk penerbangan jarak jauh.

Bayangkanlah konfigurasi dimensi panjang 72 meter, tinggi 24 meter, serta lebar sayap mencapai 79 meter, kelibat dua lelaki pelagak ngeri itu kelihatan seperti burung kecil yang cuba terbang selari dengan pesawat gergasi itu.

Baca: Gempak.. Dua Lelaki ‘Jetman’ Terbang Di Udara Dubai

Syarikat Emirates sendiri pada ketika ini menjadi operator A380 terbesar di dunia dengan armadanya sahaja memiliki lebih 60 buah pesawat tersebut, malah 140 unit lagi sedang dalam pesanan penghantaran berikutnya.

Untuk merakam video aksi dua pilot Jetman yang sedang ‘mengejar’ Airbus A380 ini juga tidak mudah bahkan pasukan terlibat turut membuat rakaman berasingan dari sebuah lagi pesawat kecil yang terbang berdampingan.

Aksi Rossy dan Reffet dengan jetpack-nya ini bukan yang pertama kali. Sebelum ini mereka juga pernah terbang ‘melintasi’ Burj Khalifa, menara terkenal ikon Dubai dengan pakaian khasnya itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

jetman

Tags: EmiratesJetmanjetpack
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Emirates Kembali Huna A380 Untuk Ke KLIA

Emirates Kembali Huna A380 Untuk Ke KLIA

04/12/2022
0

SEPANG: Syarikat penerbangan kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Emirates sudah mula menggunakan semula model pesawat terbesar di dunia, Airbus A380...

Penyokong Arsenal Biarkan Stadium Hampir Kosong

12/03/2018
0

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger menyuarakan kebimbangan tentang kesungguhan penyokong skuad itu kerana ribuan tempat duduk di Stadium Emirates dibiarkan kosong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd