• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehadiran 6 Pemain Bantu Capai Keputusan Positif

oleh Ahmad Albab
07/11/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Ketua jurulatih sementara skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee yakin kehadiran enam pemain daripada senarai menunggu memberi lebih banyak pilihan untuknya merencanakan strategi terbaik apabila Malaysia berdepan Palestin nanti.

Kedua-dua pasukan bakal bertemu pada aksi keenam kumpulan A pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium King Hussein Sports City di Amman, Jordan pada 12 Nov ini.

Kim Swee mengakui enam pemain berkenaan termasuk tiga pemain muda iaitu Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dari Selangor, Redzuan Suhaidi (Pulau Pinang) dan Muhammad Fazly Mazlan dari kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai kelebihan masing-masing dalam membantu skuad berkenaan mencapai keputusan positif pada perlawanan itu nanti.

Selain tiga pemain berkenaan, pengendali kelahiran Melaka itu turut menyenaraikan penyerang Harimau Muda B Syahrul Azwari Ibrahim, Ronny Harun (Sarawak) dan penyerang Kelantan Ahmad Fakri Saarani bagi menggantikan enam pemain sedia ada yang majoritinya mengalami kecederaan.

“Bagi saya, mereka layak mengisi kekosongan (ditinggalkan enam pemain lain) dan saya percaya mereka mampu membantu skuad negara dengan pengalaman yang dimiliki mereka,” kata Kim Swee ketika ditemui Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, malam tadi sebelum berlepas ke Jordan.

Dalam pada itu, Kim Swee berkata baki lima hari menjelang pertemuan dengan Palestin akan digunakan sebaik mungkin untuk proses pemulihan pemain yang keletihan selepas beraksi dalam kempen Piala Malaysia selain memberi tumpuan kepada aspek taktikal.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan bakal menyenaraikan semula beberapa pemain yang disisihkan sebelum ini bagi aksi ketujuh pusingan kelayakan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Shah Alam, 17 Nov ini.

Antara pemain berkenaan adalah pemain tengah Kedah Baddrol Bakhtiar dan penyerang Pahang Azamuddin Mohd Akil selain penyerang veteran negara Mohd Safee Sali yang terlepas aksi berdepan Palestin akibat penggantungan perlawanan.

Sementara itu, beberapa pemain yang ditemui Bernama bertekad memberikan persembahan terbaik sekiranya diberikan peluang beraksi berdepan Palestin.

Bagi pemain sayap JDT S. Chanturu, 27, beliau sanggup ‘mengorbankan’ cuti perayaan Deepavali yang bakal disambut pada 10 Nov ini semata-mata bagi membantu skuad kebangsaan melakar keputusan positif menentang Palestin.

“Sebelum ini, saya sudah beberapa kali tidak berada di kampung halaman di Kulim, Kedah bagi menyambut Deepavali namun ia sudah menjadi lumrah kepada saya selaku pemain bola sepak.

“Tambahan pula, ini kali pertama saya dipanggil oleh Kim Swee pada aksi pusingan kelayakan, jadi perasaan sedih kerana tidak dapat menyambut Deepavali tidak begitu dirasai,” kata Chanturu.

Berkongsi pandangan sama adalah rakan sepasukannya, Muhammad Fazly, 21, yang berjanji untuk mempamerkan persembahan terbaik sekiranya diberikan peluang beraksi pada 12 Nov nanti.

“Ini kali pertama saya dipanggil ke dalam skuad kebangsaan. Saya memang tidak menyangka bahawa jurulatih (Kim Swee) akan menyenaraikan nama saya pada saat-saat akhir, jadi saya bertekad membalas kepercayaan tersebut dengan aksi cemerlang nanti,” kata anak jati Johor itu.

Redzuan, 20, pula mengakui pemilihan beliau dalam skuad kebangsaan buat kali pertama merupakan satu penghormatan untuk dirinya sambil berikrar untuk membantu skuad kebangsaan mencatat kejayaan pada perlawanan itu nanti. – BERNAMA

Tags: Ong Kim Swee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kim Swee Sah Ketua Unit Pembangunan Belia FAM

21/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee sah kembali ke Persatuan...

“Mereka Banyak Bercakap, Inginkan Publisiti” – Kim Swee

06/12/2019
0

SEPANG - Ketua Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee tidak senang dengan andaian ditimbulkan sesetengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd