MOSCHINO, satu jenama mewah telah mengeluarkan pewangi terbaru untuk musim perayaan Krismas ini namun kali ini ia agak pelik.
Ini kerana pewangi berkenaan diletakkan di dalam botol yang sama seperti pencuci tingkap.
Ia agak mengejutkan Moschino Fresh Couture Eau de Toilette direka dalam botol berkenaan apatah lagi jenama tersebut sering bekerjasama dengan selebriti terkenal seperti Rita Ora, Katy Perry dan keluarga Kardashian.
Konsep kali ini adalah “konsep pewangi paling pelik’. Ia menampilkan model Linda Evangelista untuk kempennya. Tetapi jangan bimbang kerana baunya adalah segar dan bukan seperti bahan pencuci.
Kenapa Moschino menggunakan botol pencuci tingkap?
Menurut perekanya,meskipun botol itu dilihat sebagai tidak mengandungi nilai aspirasi, tetapi ia digunakan untuk sesuatu yang mewah dan menjadi inspirasi ramai. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]csd6FNYR0AM[/wpdevart_youtube]