• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Suami Isteri Lakukan Seks Di Tempat Terbuka

oleh Ahmad Albab
07/11/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK senonoh dan menjijikkan apabila seorang wanita yang sedang mengandung dan suaminya tidak mempedulikan orang ramai dengan selamba melakukan perbuatan seks di tempat awam secara terbuka.

Wanita itu, Akeela Ali, 25 tahun; dirakamkan melakukan perbuatan seks tersebut bersama dengan suaminya, Fahad Bilal, 26 tahun; di sebuah pusat beli belah di barat London.

Mereka berdua terus melakukan aksi berjimak di atas sofa di depan sebuah lif dan meskipun diganggu oleh dua anak yang masih kecil, mereka masih tetap ghairah meneruskannya.

Pasangan itu yang dihadapkan di mahkamah kerana berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai berkata, mereka terfikir untuk menghentikan perbuatan berkenaan.

Ia terlintas apabila anak mereka yang masih kecil tiba-tiba mengganggu, namun menjelaskan `ia terus berlaku’.

Menurut pendakwa raya Arlene De Silva: “Pada 23 Julai tahun ini, Akeela berada bersama suami dan dua anak mereka yang berusia tiga dan lima tahun di pusat beli belah di Westfield.

“Selepas pukul 8 malam, mereka berdua duduk di atas sofa di depan lobi lif di tingkat satu.

“Akeela duduk sebelah suaminya dan mengangkat jaket sehingga pangkal pahanya. Mereka turut bercium selama 10 minit dan beberapa kali diganggu oleh anak-anak mereka,’’ katanya.

Dalam pada itu, hakim Elizabeth Roscoe berkata, kes itu dipandang serius kerana ia berlaku di tempat awam manakala anak-anak mereka dan anak orang lain juga berada di situ.

“Walaupun saya diberitahu kebetulan mujur tiada orang yang menyaksikannya tetapi anda sebagai orang dewasa sepatutnya lebih mengetahui mengenai perkara ini,’’ katanya.

Akeela dan suaminya mengaku ia merupakan satu kesalahan yang besar dan amat memalukan.

Pasangan berkenaan yang menganggur itu bagaimanapun diminta membayar kos tambahan susulan kes sensasi tersebut.

Pendengaran kes imigresen mereka juga akan dilakukan. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]3vu4PPSf-6c[/wpdevart_youtube]

Tags: pelikseks
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Polis Selamatkan 3 Remaja Perempuan Mangsa Eksploitasi Seks

09/11/2021
0

Polis menyelamatkan tiga remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun, dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks bawah umur hasil serbuan di...

Pasangan Tunang Dakwa Dipaksa Polis Lakukan Seks

08/12/2020
0

KOTA BHARU - Seorang gadis bersama tunangannya melalui detik hitam dianiaya dua anggota polis yang didakwa secara melampau memaksa mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd