• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohan, Vigneswaran Dan Jaspal Dipilih Naib Presiden MIC

oleh Ahmad Albab
06/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Bekas Ketua Pemuda MIC, Datuk T. Mohan dan Datuk S. A. Vigneswaran serta bekas bendahari agung, Datuk Jaspal Singh dipilih sebagai naib presiden parti pada pemilihan semula MIC di sini hari ini.

Calon yang gagal dalam persaingan itu ialah Ketua Penerangan MIC, Datuk V. S. Mogan.

Jumlah undi calon-calon yang menang bagaimanapun tidak diumumkan kerana perbezaan undi antara mereka sangat kecil.

Keputusan itu diumumkan oleh Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam pada Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MIC ke-67 di sini.

Semasa pemilihan parti 2013 di Melaka, jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk S. Sothinathan dengan 717 undi, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan memperoleh 716 undi sementara S. Balakrishnan mendapat 683 undi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan mengekalkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dengan 1,249 undi sementara anak lelaki bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Velu, Datuk Vel Pari dipilih sebagai muka baharu dalam CWC dengan memperoleh 965 undi.

Kedua-dua mereka dipilih dalam kalangan 23 calon yang menewaskan 44 lagi calon yang bersaing bagi kerusi CWC.

AGM yang dijadualkan pada 13 dan 14 Dis tahun lepas ditangguhkan atas arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mahu parti mengadakan AGM selepas pemilihan semula diadakan bagi ketiga-tiga jawatan naib presiden, anggota CWC serta lapan bahagian.

ROS membatalkan pemilihan parti yang diadakan pada November 2013 selepas menerima aduan mengenai salah laku semasa proses pemilihan. – BERNAMA

Tags: MIC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

06/06/2026
0

JELEBU - Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

04/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor menyeru Bangsa Johor tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang untuk terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd