• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhilitan P.Pinang Rampas 46 Ekor Tenggiling Bernilai RM70,000

oleh Ahmad Albab
06/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas 46 ekor tenggiling bernilai RM70,000 dalam sebuah kereta yang ditinggalkan di tepi jalan di Jalan Raja Uda, Butterworth dekat sini awal hari ini.

Pengarah Perhilitan Pulau Pinang, Loo Kean Seong berkata kereta jenis Proton Waja itu dipercayai ditinggalkan di tepi jalan apabila pemandunya menyedari kehadiran pegawai-pegawai perhilitan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kereta itu pada pukul 5.30 pagi ini, kami menemui tenggiling dalam but kereta itu. Setiap haiwan yang dirampas itu berat antara dua kilogram hingga sembilan kilogram,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya percaya pemandu kereta berkenaan adalah anggota sindiket membeli dan menjual haiwan itu dan baru sahaja mengutip tenggiling-tenggiling berkenaan di sekitar kawasan terbabit.

“Kami tidak menolak kemungkinan semua tenggiling itu akan dibawa ke negara jiran untuk dijual berikutan permintaan yang tinggi di sana,” katanya sambil memberitahu bahawa pihaknya sedang mengesan pemandu kereta berkenaan.

Loo berkata haiwan itu dijual dengan harga RM100 hingga RM300 bagi setiap kilogram untuk tujuan makanan eksotik dan ubatan tradisional.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penyeludupan atau perdagangan hidupan liar tidak sah untuk menghubungi talian 1800-88-5151 untuk menyalurkan maklumat. – BERNAMA

Tags: tenggiling
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tenggiling Mungkin Punca Penularan Koronavirus

08/02/2020
0

BEIJING - Penularan wabak koronavirus di China mungkin disebarkan kelawar kepada manusia melalui pemerdagangan haram tenggiling yang digunakan untuk makanan...

Kedah Lokasi Transit Pilihan Seludup Tenggiling

08/11/2017
0

ALOR SETAR - Ketibaan musim sejuk di China dan Vietnam menjadikan permintaan terhadap tenggiling semakin meningkat sehingga Kedah, yang terletak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd