• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak 9 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Kubang Ulu

oleh Ahmad Albab
05/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tali air di Kubang Ulu, di sini.

Sehingga 4 petang ini, Mohamad Sahar Mohamad Salleh, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Sri Penanti di sini masih belum ditemui.

Budak itu dipercayai terjatuh ke tali air berkenaan ketika bermain bersama beberapa rakannya di kawasan berkenaan semasa hujan lebat petang semalam, kata Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Khalil Abdul Rahim.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan 35 anggota bomba dengan bantuan penduduk kampung yang bermula sejak petang semalam masih diteruskan.

Ibu mangsa, Azizah Awang Noh, 43, berkata anaknya itu memang sering bermain di kawasan tebing tali air berkenaan.

Ibu kepada tujuh anak itu berkata beliau mengetahui kejadian yang menimpa anak kelimanya selepas melihat orang ramai di kawasan tebing tali air berkenaan yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

“Saya baru balik kerja dari kilang di Perai kira-kira 6.30 petang dan nampak orang ramai di tebing tali air itu…dalam hati berdebar-debar dan bila saya menghampiri kawasan itu, seorang lagi anak saya yang turut berada di situ memberitahu adik (Mohamad Sahar) terjatuh dan belum ditemui,” katanya.

Azizah berkata beliau diberitahu dua rakan anaknya juga terjatuh ke tali air itu tetapi dapat diselamatkan beberapa remaja lelaki yang berada di kawasan itu.

“Sejak kejadian itu hingga hari ini saya tak dapat tidur…setiap kali nak terlelap saya nampak wajahnya,” katanya.

Suami Azizah, Mohamad Salleh Mohamad, 49, pula berkata beliau reda dengan kejadian itu dan berharap anaknya dapat ditemui segera. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakmati lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd