• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Uji Jagung Kimia Mandulkan Merpati Suka Berak

oleh
11/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan Singapura (AVA) sedang menjalankan satu percubaan perintis bagi mengawal bilangan merpati terlalu banyak sehingga mengotorkan kawasan di sekitar Palmer Road.

Ujian bermula bulan lalu dan mengambil masa setahun, melibatkan pemberian makanan berjagung mengandungi bahan disebut nicarbazin, iaitu sejenis ubat kimia yang mampu ‘mengawal’ burung daripada menghasilkan telur.

Ini boleh menyekat burung betina untuk mengeluarkan telur, namun meskipun merpati itu masih bertelur juga, telur tersebut mungkin tidak menetas, menurut laporan stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia.

Makanan yang mengandungi ubat itu tidak akan ‘menjejaskan’ burung jantan, kerana ia tidak menghasilkan telur, malah tidak akan membahayakan haiwan lain atau pun manusia jika dos-dos kecil dimakan secara tidak sengaja.

Dedak berjagung tersebut hanya memberi kesan toksik jika dimakan oleh kucing dan anjing sehingga 40 kilogram, manakala kesan keracunan kepada kanak-kanak pula hanya berlaku sekiranya termakan sejumlah 60 kilogram.

pigeon1

Jumlah merpati di Palmer Road bertambah sejak beberapa tahun ini. Bilangannya kini sekitar 400 ekor berbanding cuma 200 ekor pada 2013 menyebabkan timbul isu kebersihan dan kesihatan di kawasan tersebut.

Punca utama merpati bertambah ialah kerana sikap orang ramai suka memberi ia makan mengakibatkan AVA terpaksa mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati ‘menyumbang’ makanan kepada burung ini.

Setakat ini dari Januari hingga Oktober tahun ini sahaja, 13 pesalah ditahan AVA di Palmer Road yang popular dalam kalangan penduduk untuk beribadah sama ada di Masjid Haji Muhammad Salleh atau Kuil Hock Teck See.

Kawasan itu yang terletak di Tanjong Pagar cukup terkenal kepada masyarakat Islam untuk menziarahi makam keramat Habib Noh, seorang ulama tempatan ternama kurun ke-19 dan dipercayai keturunan Rasulullah SAW.

Jika percubaan AVA ini berkesan dalam mengawal bilangan merpati, makanan mengandungi nicarbazin itu mungkin digunakan pula di kawasan-kawasan lain di Singapura untuk mengawal pembiakan burung tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 

Tags: merpatiSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd