• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlawanan Palestin-Malaysia Sah Di Stadium Berkecuali

oleh
07/11/2015
dalam Hangat, Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perlawanan keenam Kumpulan A pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 antara tuan rumah, Palestin bertemu Malaysia dijadualkan 12 November akan diadakan di gelanggang berkecuali.

Ia sepatutnya berlangsung di Stadium Dora, Hebron di wilayah Tebing Barat sebelum Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Rabu bersetuju menerima permintaan Malaysia untuk buat perlawanan di luar Palestin.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin ketika mengesahkannya berkata, pihak FIFA mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan permohonan rayuan Malaysia itu.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ebrahim Al-Khalifa dan badan induk dunia itu akhirnya bersetuju untuk memindahkan perlawanan di gelanggang berkecuali.

Lazimnya, perlawanan di Palestin diadakan di Stadium Antarabangsa Faisal Al-Husseini, Baitulmaqdis dan kali terakhir ia berlangsung pada 8 September lalu dengan pasukan UAE yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Stadium Dora di Hebron, Palestin.
Stadium Dora di Hebron, Palestin.

“Buat masa ini, kita (FAM) masih lagi menunggu kata putus secara rasmi daripada FIFA dan keputusan muktamad berhubung pemilihan lokasi venue alternatif,” kata Hamidin ketika dihubungi agensi berita tempatan, Bernama.

Pada Rabu, FAM dilaporkan menghantar surat rayuan kali ketiga kepada FIFA bagi membolehkan aksi antara dua pasukan diadakan di gelanggang berkecuali susulan situasi keselamatan semakin tidak menentu di Tebing Barat.

Ia ekoran tindakan pasukan keselamatan rejim Israel akhir-akhir ini menceroboh kawasan penduduk Palestin atas alasan konon untuk mengekang aktiviti pengganas termasuk di kawasan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis sendiri.

Sebelum ini, dua permohonan FAM ditolak. Dalam perlawanan pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini pada 16 Jun lalu, skuad Harimau Malaya ‘dibelasah’ teruk apabila aib kecundang 0-6 kepada pasukan Palestin.

Laporan media antarabangsa sebelum ini mendakwa FIFA telah bersetuju menunda perlawanan antara Palestin dan Arab Saudi pada 13 Oktober lepas kerana pelawat itu tidak yakin dengan tahap keselamatan di Tebing Barat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FAMFIFAPalestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siapa Bakal Juara Piala Dunia 2026? Ini Analisis Kuasa Besar Bola Sepak Dunia

Siapa Bakal Juara Piala Dunia 2026? Ini Analisis Kuasa Besar Bola Sepak Dunia

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR: Kejohanan FIFA World Cup 2026 dijangka menjadi edisi paling epik dalam sejarah bola sepak apabila buat pertama kalinya...

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd