KUALA LUMPUR – Sektor kewangan Islam Malaysia telah berkembang pesat dan membawa kemajuan, bukan sahaja memberi manfaat kepada negara Islam, bahkan negara bukan Islam, kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ini termasuk pengenalan beberapa produk terbaharu yang tidak pernah dibincangkan oleh mana-mana negara Islam sebelum ini, katanya.
“Salah satunya ialah sistem wakaf yang merupakan satu tuntutan agama yang perlu diberi perhatian,†kata Abdullah kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada hari ketiga Forum Ekonomi Islam Sedunia kali ke-11 di sini, hari ini.
Dalam konteks sedekah, wakaf merupakan antara pembiayaan dalam undang-undang Islam. Ia merujuk kepada sumbangan derma dalam bentuk bangunan, tanah atau wang tunai bagi tujuan aktiviti keagamaan atau pun kebajikan. – BERNAMA
