• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Sebab Saya Tumbuk Ika Nabella – Azma Aizal

oleh AK-47
07/11/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGARAH Azma Aizal Yusoof yang didakwa memukul pelakon Ika Nabella di set penggambaran drama menyatakan apa yang dilakukan itu bersebab serta percaya Tuhan akan menyebelahi dirinya dalam menghadapi isu ini.

BACA: Terkejut Ika Ditumbuk, Rosyam Arah Penggambaran Ditangguh

Pada masa sama Azma, 33, yang sebelum ini popular menerusi watak ‘Butang’ dalam drama Sindarela, turut menyifatkan cerita mengenai perkara itu telah ditokok tambah namun enggan mendedahkan hal sebenar kerana menghormati siasatan pihak polis.

“Ada sebab saya berbuat demikian. Saya pun baru sahaja memberi keterangan kepada pihak polis dan siasatan kini sedang dijalankan. Apabila kes selesai, saya akan menceritakan hal sebenar apa yang berlaku.

“Bagaimanapun, cerita yang sudah menjadi viral di laman sosial itu sudah ditokok tambah.

“Saya akan berdepan sahaja isu ini dalam apa-apa situasi pun. Allah sentiasa di sisi.

“Dalam pada itu, saya juga bersyukur kerana diberi ketenangan dalam menangani masalah ini. Biarlah pihak sana ‘berkicau’,” katanya kepada mStar Online.

BACA: Pengarah Tumbuk Ika Nabella Hingga Mulut Tak Dapat Dibuka?

Terdahulu, Ika yang memegang watak utama dalam drama Dawai Asmara dilaporkan ditumbuk di bahagian muka dan badan bertubi-tubi oleh pengarah drama tersebut iaitu Azma ekoran pelakon itu gagal melakonkan apa yang diinginkan.

Susulan itu, Ika telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Azma pernah mengarahkan beberapa siri drama popular seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Teman Lelaki Upahan yang disiarkan di slot Akasia TV3. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AzmaIka Nabella
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ika Nabella Mohon Maaf Isu ‘Comolot’ Dengan Suami

06/12/2017
0

HANYA kerana rakaman video secara boomerang yang secara tidak sengaja menampakkan seolah-olah sedang bercumbuan, pelakon Ika Nabella telah dikritik oleh ramai...

Alami Keguguran, Ika Nabella Redha

16/02/2017
0

PELAKON Ika Nabella mendapat berita duka apabila kandungannya yang sudah mencecah dua bulan disahkan gugur tiga hari lalu. Meskipun pahit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd