• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Nafi Kentut Kambing Punca Pesawat Mendarat Cemas

oleh
07/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Singapore Airlines (SIA) mengesahkan sebuah pesawat kargo miliknya terpaksa mendarat cemas di Bali, Indonesia ketika dalam perjalanan dari Adelaide, Australia menuju ke Kuala Lumpur, Malaysia baru-baru ini.

Bagaimanapun jurucakap SIA dalam satu kenyataan pada Rabu menyatakan, tiada bukti yang menunjukkan gas berlebihan daripada perut haiwan adalah punca penerbangan SQ7108 dilencongkan pada 26 Oktober lalu itu.

Menurut kenyataan syarikat penerbangan kebangsaan Singapura itu, pesawat yang membawa kambing ketika waktu itu ditukar arah ke Bali setelah siren amaran dikeluarkan dari sistem pengesanan kebakaran dalam pesawat.

Pesawat jenis Cargo Boeing 747 itu berjaya mendarat di Bali pada pukul 5.11 pagi waktu tempatan (sama waktu dengan Malaysia), dan setelah diperiksa teliti, tiada tanda-tanda kebakaran atau asap ditemui di ruang kargo.

Baca: Bisnes Sewa Kambing Khas Potong Rumput Semak

Juga: Bebiri Bulu Lebat 40kg Terpaksa Dicukur Juara Australia

8d4956436ee28c2eb3034732df1ff112
GAMBAR HIASAN

Pesawat tersebut kemudian disahkan layak beroperasi, dan berlepas semula pada 8.20 malam waktu tempatan. Ia selamat menghantar kambing-kambing berkenaan tiba di KLIA, Sepang pada pukul 11.16 malam waktu Malaysia.

Insiden itu pertama kali dilaporkan menerusi laman sesawang Aviation Herald pada 27 Oktober lalu yang kemudian dipetik pula oleh pelbagai media antarabangsa lain termasuk akhbar sensasi terkenal Daily Mail di Britain.

Aviation Herald menyatakan amaran asap itu dikeluarkan kononnya akibat ‘gas ekzos dan najis kambing’ atau dalam bahasa mudah ialah bau ‘kentut’ daripada haiwan ternakan berkenaan yang mungkin terlalu kuat dilepaskan.

Jurucakap SIA dipetik stesen tempatan Channel NewsAsia memberitahu akhbar petang percuma Singapura TODAY: “Ia cuma tanggapan pihak media yang belum dapat disahkan oleh pihak kami.” - Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: AustraliakambingSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

04/07/2026
0

Oleh Mynewshub  DALLAS – Ketua jurulatih skuad kebangsaan Mesir, Hossam Hassan, mencuri perhatian dunia apabila mengangkat bendera Palestin sejurus selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd