• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baru Buka Sehari, Iran Tutup Halal KFC Konon Milik AS

oleh
07/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEHERAN – Sebuah restoran makanan segera Halal KFC yang baharu sahaja dibuka di ibu kota Iran, Teheran, diarah untuk ditutup oleh pihak polis setelah beroperasi secara rasmi sehari pada Selasa, lapor media tempatan.

Arahan penutupan drastik tersebut berikutan restoran ini didakwa sebagai sebahagian daripada rangkaian premis makanan segera popular dari Amerika Syarikat (AS) iaitu Kentucky Fried Chicken yang biasa juga disebut KFC.

Polis Iran bagaimanapun menyatakan bahawa restoran Halal KFC di Teheran terpaksa ditutup tidak sampai 24 jam ia baharu dibuka kerana pihak pengurusannya didapati telah menguna pakai lesen permit kebenaran palsu.

IRAN-US-ECONOMY-POLITICS-RESTAURANT

Pengurus Halal KFC, Abbas Pazuki namun menjelaskan kepada agensi berita Tasnim, premis makanan yang diuruskan mereka telah diarah untuk ‘tidak dibuka’ kerana dianggap konon sebahagian daripada jaringan KFC AS.

“Ini salah faham sahaja. Kami sebenarnya adalah sebahagian daripada rangkaian restoran Halal KFC yang memang berpusat di Turki. Pihak polis pula menyangka kami dimiliki langsung oleh firma AS,” kata beliau lagi.

Abbas menambah bahawa Halal KFC malah dimiliki oleh pengusaha Islam tempatan dengan sasaran utama ialah negara-negara berpenduduk majoriti Muslim serta dianggap sebagai ‘pesaing’ kepada restoran KFC AS sendiri.

kfc3

Ketua pejabat perdagangan dan perindustrian Iran, Ali Fazeli, mengesahkan kepada agensi berita ILNA bahawa Halal KFC yang membuka cawangan restoran pertama mereka di Teheran tiada apa-apa kaitan dengan KFC di AS.

Ramai pihak bagaimanapun melihat premis itu sebagai pengaruh ‘budaya popular’ AS kerana reka bentuk premis dan menu dihidangkan juga amat menyerupai konsep restoran KFC berpusat di Louisville, Kentucky, AS sendiri.

Teheran memutuskan hubungan diplomatik dengan Washington DC susulan kejatuhan Raja Reza Shah Pahlavi yang pro-Barat pada revolusi Parsi 1979 digantikan pemimpin tertinggi Syiah, Ayatollah Ruhollah Khomenei.

KFC yang diasaskan sejak 1930 kini memiliki hampir 19,000 premis di 118 buah negara di seluruh dunia serta menyajikan menu halal di negara-negara Islam termasuk rantau Asia Barat dan Asia Tenggara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Halal KFCKFC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KFC Tak Pernah Ada Dalam Senarai Jenama Untuk Diboikot – BDS Malaysia

KFC Tak Pernah Ada Dalam Senarai Jenama Untuk Diboikot – BDS Malaysia

30/05/2024
0

SHAH ALAM - Kumpulan pro-Palestin Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS) memaklumkan bahawa rangkaian restoran makanan segera KFC tidak pernah berada dalam...

Pedas Ngam Ngam, Sedap Kaw Kaw

30/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Jenama ayam goreng kegemaran negara, KFC Malaysia ada juadah inovatif menyengat buat seluruh rakyat Malaysia, dicipta khusus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd