• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyusuan Badan Beri Manfaat Besar Buat Ibu Dan Bayi

oleh AK-47
08/11/2015
dalam Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

KASIH SAYANG seorang ibu terhadap anak tiada penghujung.

Sejak dari dalam rahim lagi, hubungan ibu dan anak sudah pun berputik dan jalinan istimewa ini terus mekar di sepanjang hayat kehidupan.

Malah bermula dari detik pertama tahu ada nadi sedang berdenyut dalam tubuhnya, naluri keibuan sudah pun membuatkan wanita kian cermat dalam memastikan kesihatan dan keselamatan anaknya.

Begitu pun para ibu harus sedar, penjagaan kesihatan anak penting untuk dimulakan sejak hari pertama mereka lahir ke dunia menerusi pemberian susu badan.

Pemberian susu badan merupakan langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat.

Susu ibu bersifat suci, bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi. Ia memberikan khasiat yang diperlukan si kecil pada tahap paling maksimum.

Walau bagaimanapun, bilangan wanita yang menyusukan bayi secara eksklusif di Malaysia masih boleh dikira rendah berbanding negara Asia lain, mungkin kerana masih ramai belum sedar tentang manfaat terbaik yang bakal diperoleh bukan sahaja oleh bayi tetapi juga ibu.

Bagi mendapatkan kelebihan semula jadi itu, para ibu digalak menyusukan bayi mereka sehingga 6 bulan dan diteruskan sampai anak berusia 2 tahun.

Selain mengekal keintiman ibu dan anak, penyusuan badan memberikan kadar antibodi lebih teguh kepada tubuh si kecil berbanding apa yang ditawarkan susu formula.

Bayi yang disusukan ibu juga terhindar daripada jangkitan kuman dan alahan seperti sakit perut, cirit-birit, asma dan radang paru-paru, selain mendapat lebih manfaat dari segi kecerdasan otak kerana memperoleh kesemua zat makanan yang diperlukan seperti HA, DHA, AA dan SA (zat yang membantu perkembangan otak).

Malah satu kajian yang dijalankan di Brazil mendapati kira-kira 6,000 bayi yang dilahirkan 30 tahun lalu ternyata lebih bijak dan memperoleh pekerjaan yang baik dan hasil pendapatan lebih tinggi, hasil penyusuan susu ibu secara eksklusif.

Di samping itu menyusukan bayi mampu mengurangkan risiko menghidap kanser payudara, ovari, rahim serta masalah osteoporosis yang merupakan musuh utama wanita seluruh dunia.

Satu lagi fakta yang menarik, proses ketika menyusu mampu membakar lebih 500 kalori, sekaligus membantu mengembalikan tubuh langsing si ibu seperti sebelum bersalin.

Aktiviti ini turut menghasilkan hormon oxytocin yang merendahkan tekanan darah, memberikan ketenangan kepada ibu serta mengempiskan saiz uterus mereka kepada bentuk asal.

Buat para ibu yang ingin merancang jarak kelahiran antara anak, penyusuan badan adalah solusi yang boleh diguna pakai kerana ia melambatkan proses ovulasi seterusnya mencegah kehamilan berlaku.

Bagi mengekalkan konsistensi dalam memberi penyusuan kepada bayi secara eksklusif, para ibu boleh ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  • Mulakan penyusuan dalam masa satu jam selepas melahirkan.

  • Berikan susu mengikut kehendak bayi.

  • Jangan beri minuman/makanan selain susu ibu.

  • Pastikan posisi semasa menyusu adalah betul.

  • Tidak memberi puting tiruan /kosong.

  • Ibu mesti ambil makanan seimbang dan air yang secukupnya.

Kesimpulannya, setiap wanita yang bakal menjadi ibu tidak harus ragu memanfaatkan kelebihan menyusukan anak yang dianugerahkan Tuhan buat mereka.

Sememangnya yang semula jadi itu lebih baik daripada segala-galanya.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Ibukebaikanpenyusuan secara eksklusifsusu ibu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

Ibu Zara Qairina Menitis Air Mata Semasa Proses Pengecaman

Ibu Zara Qairina Menitis Air Mata Semasa Proses Pengecaman

10/08/2025
0

KOTA KINABALU - Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina Mahathir, menitiskan air mata melihat wajah anaknya semasa proses pengecaman dibuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd