• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa Pelajar Berang Sekolah Adakan Solat Hajat Tepi LPT2

oleh AK-47
04/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIAT murni guru dan sekumpulan pelajar sebuah sekolah agama mengadakan bacaan surah Yasin dan solat hajat di tepi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menerima kritikan dan kecaman ibu bapa.

Ini berikutan, ramai menyifatkan tindakan tersebut sebagai ‘tidak bijak’ kerana boleh membahayakan nyawa para pelajar.

Memetik laporan mStar online, bapa kepada dua anak, Shah Julian Aman Shah mempersoalkan tindakan pihak sekolah membenarkan aktiviti seumpama itu dijalankan di kawasan berbahaya.

“Pihak berkuasa sekolah seharusnya mencari tempat yang lebih sesuai. Dan adakah pihak sekolah meminta kebenaran daripada ibu bapa?” soalnya.

Ibu kepada Marlinda Abd Rahman turut menyifatkan, niat murni tidak menghalalkan cara kerana ianya salah.

“Siapa benarkan mereka mengadakan solat di tempat seperti itu? Adakah mereka sebenarnya meminta kebenaran daripada ibu bapa atau polis ataupun pihak berkuasa lebuhraya?” komen Marlinda.

Ahad lalu, gambar sekumpulan pelajar dan guru sedang duduk beralaskan tikar di lorong kecemasan di LPT2 tersebar hingga menjadi viral di laman sosial Facebook. Sebuah bas turut dilihat diletakkan berhampiran lokasi mereka.

Menurut satu sumber, guru dan para pelajar terbabit sedang membaca ayat Al-Quran bagi mendoakan keselamatan pengguna lebuhraya itu yang sejak kebelakangan ini sering ditimpa musibah.

Dalam pada itu Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, pihaknya akan menyiasat dan memanggil guru yang terlibat. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

Tags: LPT2pelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd