• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gurauan “Beg Mungkin Ada Bom” Memakan Diri

oleh Ahmad Albab
04/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Gurauan seorang penumpang sebuah penerbangan di sini memberitahu bahawa begnya mengandungi bom memakan diri apabila dia ditahan polis kerana membuat kenyataan palsu.

Kejadian berlaku ketika lelaki berkenaan menaiki pesawat penerbangan Thai Lion Air di lapangan terbang Don Muang menuju ke Hatyai tengah hari kelmarin.

Ketua polis Don Muang, Surachet Bandit berkata, ketika kru pesawat membantu penumpang memasukkan beg ke dalam ruang penyimpanan, seorang lelaki Pichit Boondaeng, 23, tiba-tiba memberitahu begnya mungkin mengandungi bom.

“Pichit bergurau dengan memberitahu pramugari yang membantunya supaya berhati-hati kerana kemungkinan begnya mengandungi bom.

“Walaupun Pichit ketawa, tetapi kru pesawat tidak menganggap gurauan itu lucu dan terus melaporkan kepada kapten,” katanya.

Kapten pesawat kemudian mengambil keputusan membatalkan penerbangan dan meminta semua penumpang turun.

“Pasukan pemusnah bom dipanggil untuk memeriksa beg lelaki itu tetapi tidak menemui sebarang bahan letupan,” katanya.

Tambahnya, polis yang tidak menganggap gurauan lelaki itu lucu menahannya untuk siasatan lanjut.

“Lelaki ini didakwa membuat laporan palsu dan dia berdepan hukuman penjara lima tahun serta denda 200,000 baht (RM24,223).

“Syarikat penerbangan juga merancang menyaman lelaki itu akibat kerugian dialami selepas penerbangan berkenaan tergendala,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online

Tags: BomThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd