• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambil Berat Masalah Anak-Anak, Kenali Rakan Sebaya Mereka

oleh Ahmad Albab
01/11/2015
dalam Terkini
3
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Orang ramai diminta supaya tidak menghukum seseorang berikutan sesuatu kejadian sesuka hati terutama berhubung kes seorang remaja perempuan 15 tahun yang terbabit dalam kegiatan tidak bermoral, kata seorang anggota Exco kerajaan negeri.

Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka Datuk Latipah Omar berkata beliau amat kesal kerana senario ini sering kali terjadi sehingga masyarakat merasakan ia suatu norma hidup, tanpa disedari remaja itu sebenarnya mangsa yang memerlukan bantuan daripada masyarakat itu sendiri.

“Bila berlaku sesuatu perkara oleh remaja yang bawa keburukan kita banyak buat tanggapan negatif kepada anak berkenaan, saya harap supaya masyarakat jangan mudah menuduh sehingga memburukkan keadaan.

“Lebih baik kita siasat dulu latar belakang serta punca sebabkan anak ini buat perkara sebegini dan tidak sesekali menghukum sesuka hati hingga masa depan anak ini tertutup serapat-rapatnya,” katanya kepada Bernama di sini.

Jumaat lepas, sebuah akhbar melaporkan kegiatan tidak bermoral seorang pelajar tingkatan empat yang dikesan ibunya melakukan hubungan seks dengan beberapa pelajar lelaki di sekolahnya.

Turut dilaporkan keluarga pelajar berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin dan lapan pelajar lelaki berusia antara 15 hingga 16 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes itu.

Latipah berkata bantuan pertama yang perlu diberikan kepada remaja perempuan terbabit adalah sesi kaunseling kerana remaja itu tentunya kini dalam keadaan trauma dan pihaknya bersedia untuk memberikan bantuan tersebut.

“Sekiranya diberi kebenaran oleh keluarga dan pihak berkuasa, kami sedia hantar pakar kaunseling untuk membantu remaja ini dan juga keluarganya. Ini bukan perkara yang remeh kerana jika dibiarkan akan memberikan masalah yang lebih teruk,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua ibu bapa supaya mengambil berat tentang perkembangan dan masalah yang dihadapi anak masing-masing terutamanya di sekolah.

Pengerusi Biro Pelajaran Pergerakan Pemuda UMNO Mohd Rafiq Naizamohideen pula berpendapat selain ibu bapa, institusi sekolah terutamanya rakan sebaya di sekolah memainkan peranan penting dalam memberikan bantuan diperlukan kepada pelajar itu dan mencegah perkara ini daripada berlaku.

Katanya peranan rakan sebaya di sekolah amat penting dan perlu mengambil berat dan bertanggungjawab ke atas rakan sekolah dengan melaporkan kes sedemikian kepada pihak sekolah lebih awal bagi membolehkan remaja terbabit mendapatkan bantuan.

Beliau percaya sistem pendidikan dan sokongan di negara ini akan dapat memberikan bantuan sewajarnya kepada remaja yang mengalami nasib yang sama, seterusnya membolehkan remaja sedemikian meneruskan hidup dan berubah menjadi insan berguna untuk negara suatu hari kelak.

“Ibu bapa juga perlu memmainkan peranan mengenal lebih teliti siapa rakan sekolah dan rakan sebaya anak mereka kerana rakan ini, baik atau jahat, sebenarnya memainkan peranan penting dalam hidup anak mereka.

“Kena pilih dengan siapa anak mereka berkawan dan berhubung, bukan sahaja di alam nyata tetapi di alam siber kerana pelajar sekarang amat canggih dan alam siber ini memberikan pelbagai godaan seperti laman web lucah yang boleh beri kesan negatif terutama kepada pergaulan anak mereka dengan rakannya,” katanya. – BERNAMA

Tags: remaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd