• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

17 Maut Dihempap Bangunan Runtuh Di Beijing

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Beijing – Sebuah bangunan dua tingkat yang sedang menjalani proses ubah suai runtuh menyebabkan 17 pekerja maut dan 23 lagi cedera, kata pegawai semalam.

Kejadian berlaku pada tengah hari kelmarin di bandar Beiwudu di wilayah Henan ketika sekumpulan pekerja sedang mengubah suai sebuah bangunan.

Jurucakap kerajaan tempatan berkata, seramai 40 mangsa berjaya dikeluarkan dari sisa runtuhan bangunan pada awal pagi semalam.

“Bagaimanapun, 17 mangsa disahkan maut manakala 23 lagi cedera dengan sembilan daripada mereka parah,” katanya.

Ujarnya, individu yang bertanggungjawab menjalankan kerja ubah suai bangunan berkenaan sudah ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Pengarah Hospital Rakyat Wuyang, Liu Jinshan berkata, semua mangsa kejadian maut dan cedera akibat dihempap sisa runtuhan bangunan.

“Ramai mangsa dirawat di unit rawatan rapi kerana kecederaan mereka sangat parah,” katanya.

Seorang pekerja yang terselamat memberitahu, runtuhan berlaku ketika mereka sedang mengubah suai tingkat satu bangunan kediaman berkenaan. – AP/myMetro Online

Tags: Chinakemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd