• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: 6 Warga Indonesia Dihukum Penjara Dan Denda

oleh Ahmad Albab
30/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Mahkamah Sesyen Sri Aman hari ini menjatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM10,000 atau penjara sebulan terhadap tiga lelaki warga Indonesia selepas mereka mengaku salah memberi rasuah kepada anggota polis pada 22 Okt lepas.

Rusli, 35, Sapardi, 28, dan Lalu Alwi, 31, mengaku salah ketika pertuduhan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 itu dibacakan di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong.

Mereka melakukan kesalahan itu di KM 44, Jalan Sri Aman-Sarikei dengan memberi RM320 kepada seorang anggota polis sebagai dorongan bagi mengelak sebarang tindakan ke atas mereka kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Sementara itu, dua lagi lelaki Indonesia dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM500, manakala seorang lagi dijatuhi hukuman penjara 21 hari dan denda RM1,000 selepas mereka mengaku salah memberi rasuah kepada anggota polis pada 21 Okt.

Amil Donsen, 35, Adiwijaya Abdul Rauf 24, dan Burhan Sul, 37, didakwa menurut Seksyen 214 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan itu di KM9, Jalan Sri Aman-Sarikei di persimpangan Temudok.

SPRM diwakili Supt Kanan Kathrine Nais dan Supt Ikhwan Mohd Ibrahim manakala keenam-enam warga Indonesia itu tidak diwakili. – BERNAMA

Tags: rasuahwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd