• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kamal Adli Terkilan Nama Gugur, Tak Tahu Punca Sebenar

oleh AK-47
05/11/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMUM mengetahui khabar angin pengguguran Kamal Adli daripada sekuel filem Abang Long Fadil dan dikatakan berpunca daripada Zizan Razak, yang juga memegang watak utama dalam cereka layar tersebut.

Namun, perkara itu telah dijelaskan Zizan sendiri sebagai salah faham. Pelawak itu juga menepis dakwaan konon punca Kamal digugurkan adalah kerana timbulnya pergeseran akibat perasaan iri hati hubungan rapat Kamal dengan bekas kekasihnya, Emma Maembong.

Malah, penerbitnya Datuk Yusof Haslam sendiri telah mengesahkan menggugurkan Kamal Adli daripada filem tersebut demi mengelakkan timbulnya konflik antara dua pelakon tersebut.

Memilih untuk berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan yang akan mengeruhkan lagi keadaan, Kamal tampil untuk memberi penjelasan beliau mengenai kontroversi ini.

Memegang peranan sebagai Adam yang menjadi side-kick kepada watak Zizan di dalam filem tersebut, Kamal hanya mampu akur pembabitannya digugurkan oleh pihak produksi atas sebab yang dia sendiri tidak tahu puncanya.

ABANG-LONG-FADIL-2014

“Sejujurnya, saya sendiri tidak tahu mengapa saya digugurkan daripada filem itu kerana mereka tidak beritahu sebab sebenarnya. Tapi tak mengapa, saya malas nak panjangkan cerita. Saya anggap tak ada rezeki,” katanya apabila dihubungi.

“Bagi saya, perkara ini masih boleh diperbincangkan lagi. Namun, keputusan telah pun dibuat dan saya terima walaupun agak terkilan.”

Tambahnya lagi, pihak produksi telah memintanya mengosongkan slot jadualnya setahun sebelum tarikh penggambaran, jadi berita itu ternyata satu tamparan hebat buatnya.

Walaupun terkejut dengan pengguguran beliau daripada sekuel tersebut, Kamal akui Syafiq dan Syamsul Yusof ada berjumpa dengannya untuk memberitahu kemungkinan watak beliau mungkin terpaksa dimatikan.

“Mereka (Syafiq dan Syamsul) memang ada bertemu dengan saya serta memaklumkan perkara ini, dan saya faham. Saya perlu profesional.”

Sementara itu, Kamal mendedahkan bahawa hubungannya dengan Zizan sebelum ini tiada masalah sebelum ini.

“Mengenai hubungan dengan Zizan, kami hanya rakan sekerja sahaja; di luar daripada set penggambaran kami tidak berhubung langsung.

“Saya cuma cari makan dalam industri ini, jadi saya tidak mahu bermasam muka dengan sesiapa,” kata Kamal lagi menutup perbualan.

Apa-apa pun, industri hiburan Malaysia ni terlalu kecil, pusing ke mana pun kelak berjumpa di tempat yang sama juga.

Lebih baik sama-sama menyokong kerjaya masing-masing daripada berpatah arang sesama sendiri agar industri lebih berkembang maju, yedak? - MYNEWSHUB.CC

Oleh: Sara Khalid

Tags: ArtisFILEMKamal AdliSkop ProductionZizan Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada...

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

26/06/2023
0

SINGAPURA: Mahkamah Singapura membenarkan penangguhan dua minggu lagi untuk pendakwa raya menjalankan siasatan lanjut ke atas seorang lelaki yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd