• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Haji Kembali Ke Makkah Untuk Tawaf Dan Saie

oleh Ahmad Albab
07/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Jemaah haji Malaysia kembali semula ke Makkah pada Selasa secara berperingkat mulai 7.00 pagi (12 tengah hari waktu Malaysia) selepas selesai melontar jamrah di Mina, yang jaraknya kira-kira 10km dari Masjidilharam.

Kumpulan pertama meninggalkan Mina sejurus selepas solat Subuh.

Pada sebelah petang mereka akan melakukkan rukun haji terakhir iaitu tawaf – mengelilingi Ka’bah sebanyak tujuh kali.

Ini diikuti dengan saie, bergerak berlari-lari anak antara safa dan marwah sebanyak tujuh kali sebagai mengingati peristiwa Hajar, isteri Nabi Ibrahim berlari-lari anak mencari air untuk anaknya Ismail ketika mereka tinggal bersendirian di Makkah.

Sementara beberapa orang jemaah, termasuk 53 warga emas di bawah program Warga Emas Tabung Haji (TH) dan beberapa jemaah lain yang akan berlepas pulang dalam penerbangan pertama Jumaat ini, meninggalkan Mina semalam selepas menyelesaikan Nafar Awal pada Isnin, 12 Zulhijjah.

Sebelum berlepas pulang, jemaah akan melakukan tawaf wida’, sering dipanggil tawaf selamat tinggal.

Tahun ini, 22,320 warga Malaysia menunaikan haji, dan sehingga kini sembilan meninggal dunia di Tanah Suci.

Sementara itu, Zainun Zainuddin, 64, dari Seremban, Negeri Sembilan berkata keadaan cukup mencabar terutama ketika di Mina akibat ruang dan jumlah tandas yang terhad.

“(Tapi) haji kalau tidak ada cabaran, bukannya haji,” kata beliau.

Sementara itu, Noorhanita Razali, 47, dari Kuantan, Pahang berkata Tabung Haji wajar dipuji kerana berjaya mengendali jemaah dengan cekap dan teratur.

Sementara itu, Arab News dalam portal berita www.arabnews.com melaporkan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan pada Isnin musim Haji 2014 mencapai kejayaan dalam segala segi.

Portal berita itu menyatakan pengumuman itu dibuat ketika lebih dua juta jemaah haji, mula meninggalkan Makkah selepas selesaikan melontar jamrah di Mina.

Haji, rukun Islam kelima, selesai dengan rasminya pada Selasa pada akhir hari ketiga Tasyrik.

Emir Makkah dan Pengerusi Jawatankuasa Haji Pusat Putera Mishal Bin Abdullah berkata ibadat Haji kali ini telah dapat dilakukan oleh para jemaah dengan lancar dan cukup selesa.  – BERNAMA

Tags: jemaah haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd