• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah: Remaja Bebas Daripada Pertuduhan Bunuh Bapa

oleh Ahmad Albab
30/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mahkamah Tinggi di sini Jumaat melepas dan membebaskan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun daripada pertuduhan membunuh bapanya di rumah mereka tiga tahun lepas, tanpa dipanggil membela diri.

Pesuruhjaya Kehakiman Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, yang diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu, pada akhir kes pendakwaan.

Pendakwaan, yang dikendali Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Jeffrey Ong, mengemukakan 15 saksi termasuk ibu tertuduh.

Remaja itu, ketika kejadian berusia 15 tahun, didakwa membunuh bapanya, 40, di Taman Bersatu, Simpang Pulai antara pukul 11.30 malam 30 April 2012 dan 12.30 malam 1 Mei 2012 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakiman ringkasnya, Noorin berkata mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan elemen ketiga dalam pertuduhan iaitu tertuduh, secara bersendirian, telah menyebabkan kecederaan terhadap mangsa sehingga menyebabkan kematian.

Beliau berkata keterangan forensik menunjukkan terdapat kemungkinan mangsa diserang oleh lebih daripada seorang individu berdasarkan kehadiran DNA asing dalam bentuk darah yang dikesan di seluar pendek tertuduh serta tapak kaki di tempat kejadian.

“Inferens munasabah yang boleh dibuat oleh mahkamah ialah terdapat seorang lagi yang mengalami kecederaan berdasarkan kesan darah yang ditemui.

“Selain itu, tertuduh mengalami kecederaan namun ia tidak dikenal pasti (sama ada tertuduh juga telah diserang seperti bapanya) kerana tertuduh dibawa ke hospital hanya untuk mendapatkan sampel darahnya,” katanya.

Noorin berkata mahkamah juga mendapati penemuan dua bilah pisau bukan keterangan langsung yang menunjukkan tertuduh melakukan kesalahan itu kerana ia hanya membuktikan tertuduh tahu di mana pisau itu berada.

Beliau berkata kehadiran DNA asing sekali lagi menimbulkan keraguan adakah tertuduh adalah satu-satunya orang yang menggunakan kedua-dua pisau berkenaan.

Noorin berkata meskipun ibu tertuduh, yang merupakan saksi keempat pendakwaan, boleh disifatkan sebagai ‘saksi yang berat sebelah’ namun, keterangan beliau tidak semestinya tidak boleh diterima sekalipun sukar untuk dipercayai.

“SP4 (ibu tertuduh) berkata rumah kediaman mereka telah dicerobohi pencuri dan pencuri itulah yang membunuh suaminya. SP4 turut memaklumkan tentang kehilangan wang akibat peristiwa itu.

“Mahkamah mendapati keterangan ini bukan ‘after thought’ (setelah berfikir) kerana SP4 telah membuat laporan polis bahawa rumah mereka telah dicerobohi dan keterangan ini perlu disangkal oleh pihak pendakwaan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata pegawai penyiasat kes gagal mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara itu.

Sejurus selepas mahkamah mengumumkan keputusan itu, remaja berkenaan dipeluk anggota keluarga yang hadir termasuk ibu dan ibu saudaranya.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, remaja berkenaan berkata dia berhasrat untuk meneruskan pembelajarannya dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan. – BERNAMA

Tags: Bapakes bunuhremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd