• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurangan Bajet Latih IPTA Lebih Efisien

oleh Ahmad Albab
29/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pengurangan peruntukan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam Bajet 2016 dilihat mampu melatih pihak universiti supaya lebih efisien dalam melaksanakan program masing-masing.

Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata pengurangan tersebut dilihat satu cabaran untuk IPTA bertindak lebih kreatif bagi memajukan sektor pendidikan tinggi negara dalam merealisasikan pelan strategik universiti mengikut perancangan.

“Kita perlu bersyukur kerana kerajaan masih mampu mengeluarkan bajet yang membolehkan universiti terus beroperasi dengan berkesan.

“Untuk UMP sendiri, pemberian status autonomi pada bulan lepas merupakan antara pengupaya utama transformasi dalam menjadikan universiti ini lebih kompetitif untuk menjana pendapatan sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Menurut Daing, pemberian status autonomi itu juga membuktikan keupayaan UMP emikul tanggungjawab dalam beberapa aspek tertentu dengan penuh berintegriti antaranya tadbir urus institusi, kewangan, sumber manusia dan akademik.

UMP katanya juga telah melaksanakan perbelanjaan berhemat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan menggunakan kemudahan guna sama serta mengamalkan beberapa inisiatif penjanaan sumber dalaman sendiri.

Selain itu, inisiatif MyGift UMP juga diperkenalkan dalam melaksanakan endowmen dan tabungan sebagai dana bagi mengadakan pelbagai aktiviti seperti penyelidikan serta menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang.

Katanya, amalan berjimat dan usaha menjana kewangan itu dilaksanakan bagi memastikan universiti tidak perlu menaikkan yuran pengajian.

Beliau percaya menerusi budaya endowmen itu boleh memupuk amalan menyumbang dan kurang bergantung kepada kerajaan serta dapat memberi bantuan biasiswa atau sokongan kepada aktiviti penyelidikan dan inovasi. – BERNAMA

Tags: Bajet 2016IPTA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengiktirafan UEC Hanya Permulaan, Perjuangan Belum Selesai – DAP Johor

Pengiktirafan UEC Hanya Permulaan, Perjuangan Belum Selesai – DAP Johor

11/06/2026
0

JOHOR BAHRU - DAP tidak akan berpuas hati dengan keadaan semasa kerana perjuangan untuk pengiktirafan penuh Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bukan semua kaum Cina sokong pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Ada yang menghantar anak ke Sekolah Menengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd