• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Ajaib Hasilkan Sayur Gergasi: Apakah Rahsia?

oleh
06/11/2015
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Matanuska-Susitna adalah merupakan sebuah lembah kecil di negeri Alaska, Amerika Syarikat (AS). Malah tidak banyak lokasi dengan pemandangan menakjubkan ada di kawasan luas tersebut.

Ia terletak kira-kira 60 kilometer dari Anchorage, bandar raya terbesar di negeri terpencil AS itu yang berjiran dengan Kanada di barat dan Rusia di Timur serta 3,770 kilometer dari tenggara Los Angeles, California.

Namun Matanuska-Susitna mempunyai daya tarikan yang tersendiri bagi para pelancong asing. Lembah itu merupakan tempat terbaik di dunia untuk buah-buahan dan sayur-sayuran tumbuh dalam saiz raksasa.

Meskipun dihuni 90,000 orang penduduk dalam lembah seluas 60,000 kilometer persegi, bayangkanlah setiap tahun, satu pertandingan produk tani gergasi diadakan di daerah Palmer dengan konsep yang cukup unik.

alaska-giant-vegetables-7[2]

Dalam pertandingan itu, ramai petani di Matanuska-Susitna atau lebih mesra disebut Mat-Su akan membawa hasil tanaman berupa sayur-sayuran dan buahan-buahan raksasa keluaran terus daripada ladang pertanian mereka.

Hasil tanaman seberat puluhan kilogram sebenarnya memang sesuatu yang dianggap normal dalam pertandingan tahunan tersebut, malah disifatkan sebagai ‘biasa-biasa’ sahaja bagi kebanyakan penduduk awam Alaska sendiri.

Tetapi tidak bagi orang luar terutama pelancong asing. Antara yang pernah muncul juara ialah kubis seberat 62 kilogram, tembikai wangi atau cantaloupe seberat hampir 30 kilogram dan brokoli yang beratnya 15 kilogram!

Salah seorang pengadil pertandingan tersebut, Kathy Liska berkata: “Ada beberapa lagi produk pertanian yang begitu besar saiznya sehingga kami sendiri pun tidak dapat mengenal pasti apakah jenis sebenar sayurannya.”

alaska-giant-vegetables-6[2]

Sayur-sayuran dalam saiz luar biasa itu sebetulnya merupakan ciri-ciri khas yang hanya ada di lembah Matanuska-Susitna dan asalnya ditemui penduduk asli Athabaska sebelum dimajukan oleh pendatang Rusia pada 1818 lalu.

Lembah tersebut merupakan daerah pertanian paling produktif di Alaska dan mungkin di dunia. Namun anehnya tiada langsung kaedah canggih kejuruteraan genetik waima bahan kimia terbaik pun yang digunakan di sana.

Jadi apakah rahsianya? Kajian saintis tempatan mendapati sebenarnya di sebalik pertumbuhan tanaman raksasa di Matanuska-Susitna ialah, kadar sinaran mataharinya yang juga boleh dianggap sebagai cukup luar biasa.

Ini kerana Alaska memiliki musim tanaman amat singkat, hanya sekitar 105 hari dalam setahun. Namun, lokasi sangat jauh dari Khatulistiwa menyebabkan penduduk Alaska menikmati hari sangat panjang pada musim panas.

Matahari secara purata menyinar lebih daripada 12 jam sehari waktu itu, membolehkan tanaman tumbuh sihat gemuk tanpa memerlukan apa-apa baja tambahan seperti di negara empat musim. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: gergasiPertanian
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pertanian Di Kawasan Tanah Talian Elektrik TNB Dibenarkan

09/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Aktiviti penggunaan tanah termasuk pertanian khususnya tanaman kontan boleh diusahakan di kawasan yang terletak dalam koridor talian...

Jutawan Kongsi Kisah Hampir Gila Dikhianati

11/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Usahawan tani ini nyaris gila pada 2011 sebaik syarikat kontraktor yang diusahakan sejak berusia 18 tahun, hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd