• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

45 Bangunan Diisytiharkan Sebagai Warisan Kebangsaan

oleh Ahmad Albab
28/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 bangunan diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan manakala 109 bangunan ditetapkan sebagai tapak warisan setakat 5 Oktober lepas mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata tidak semua bangunan lama boleh dipertimbangkan sebagai tapak warisan kecuali mempunyai nilai warisan kebudayaan yang penting.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) mengenai status terbaru terhadap pengisytiharan Vivekananda Ashram di Brickfields di sini sebagai bangunan warisan dan bangunan lama di negeri lain yang turut dipertimbangkan oleh kerajaan sebagai Bangunan Warisan.

Mengenai status bangunan Vivekananda Ashram, Mohamed Nazri berkata Pesuruhjaya Warisan telah membuat keputusan untuk menetapkan bangunan itu sebagai tapak warisan menurut Seksyen 31, Akta Warisan Kebangsaan 2005 pada 15 Julai lepas.

Beliau berkata pemunya tapak serta pihak berkuasa tempatan telahpun dimaklumkan mengenai keputusan itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohamed Nazri berkata beliau sudah mengarahkan Jabatan Warisan Negara untuk mewartakan bangunan itu sebagai tapak warisan.

Katanya keputusan mengekalkan bangunan lama itu dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk elemen kepentingan sejarah selain mengambil kira bangunan itu merupakan perintis kepada institusi keagamaan masyarakat Hindu.

“Faktor kedua, bangunan ini menjadi bukti ada migrasi orang-orang yang datang ke Tanah Melayu dan penempatan mereka berkembang ke Brickfields dan faktor ketiga saya ambil kira penduduk Tamil Sri Lanka yang turut menyumbang kepada Tanah Melayu kerana mereka pernah berkhidmat dalam pembinaan landasan keretapi.

“Faktor keempat adalah bangunan ini dirasmikan oleh Perdana Menteri pertama pada 1958 yang bermakna ada pertimbangan yang cukup bersejarah selain mengambil kira juga bentuk-bentuk dan ciri-ciri bangunan,” katanya di lobi Dewan Rakyat. – BERNAMA

Tags: Nazri AzizTapak WarisanWarisan Kebangsaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

09/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd