• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

45,619 Calon Duduki Peperiksaan Penggal 3 STPM 2015

oleh Ahmad Albab
28/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45,619 calon bakal menduduki peperiksaan Penggal 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2015 di 742 pusat peperiksaan di seluruh negara pada 2, 3, 4, 5 dan 16 November.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu, sebanyak 44,999 adalah calon sekolah kerajaan, 346 calon sekolah swasta, 266 calon persendirian dan lapan calon sekolah kerajaan negeri.

Sementara itu, sebanyak 52,136 calon pula akan menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2016 di 726 pusat peperiksaan pada 17, 19, 23 dan 24 Nov ini.

Daripada bilangan itu, sebanyak 51,737 adalah calon sekolah kerajaan, 286 calon sekolah swasta, 98 calon persendirian dan 15 calon sekolah kerajaan negeri, kata kenyataan itu.

MPM berkata peperiksaan Ulangan Penggal 1 STPM 2015 akan diadakan pada tarikh yang sama dengan peperiksaan Penggal 1 STPM 2016, melibatkan 38,938 calon.

Sementara peperiksaan Ulangan Penggal 2 STPM 2015 pula akan diadakan pada 25, 26, 30 dan 1 Dis, melibatkan 37,249 calon.

Dalam pada itu, kenyataan itu berkata Ujian Malaysian University English Test (MUET) sesi November 2015, akan dijalankan pada 7 Nov ini di 687 pusat ujian melibatkan sebanyak 79,616 calon.

Sehubungan itu, kesemua calon dinasihati supaya sentiasa membawa kad pengenalan dan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) bagi peperiksaan STPM dan Slip Daftar MUET (MUET/D) bagi MUET, semasa hadir menduduki peperiksaan.

Selain itu, calon juga dinasihati supaya menyemak nama pusat peperiksaanyang akan diduduki bagi mengelak daripada hadir di pusat peperiksaan yang salah.

Calon boleh mencetak LPKC dan MUET/D masing-masing melalui Portal MPM di www.mpm.edu.my.

MPM berkata sekiranya jerebu masih berlaku semasa peperiksaan berlangsung, calon dinasihat memakai alat pelindungan pernafasan dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib.

Jika berlaku sebarang bencana alam seperti banjir atau tanah runtuh yang mengakibatkan calon sukar sampai ke pusat peperiksaan mereka, calon dinasihati supaya pergi ke pusat peperiksaan lain yang berdekatan dan melaporkan diri kepada Ketua Pengawas di pusat peperiksaan berkenaan, bagi menduduki kertas peperiksaan pada hari tersebut. - BERNAMA

Tags: MUETSTPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Matlamat sebenar pihak yang mendesak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah UEC dijadikan setaraf dengan Sijil Pelajaran...

Rumah Terbakar: Dua Beradik Buntu Hadapi STPM, SPM

Rumah Terbakar: Dua Beradik Buntu Hadapi STPM, SPM

04/01/2025
0

JOHOR BAHRU - Dua beradik yang masing-masing calon peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd