• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAD Hairan Masih Timbul Isu Tiada Teksi

oleh Ahmad Albab
30/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Terdapat sebanyak 65,292 teksi di Semenanjung Malaysia tetapi masalah ketiadaan teksi seperti yang ditimbulkan ramai pihak masih berlaku hingga kini.

Senario itu sekali gus menimbulkan tanda tanya agensi bertanggungjawab iaitu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Sehubungan itu, SPAD dalam satu kenyataan media memaklumkan sedang berusaha untuk menyelaraskan perkhidmatan teksi dan melaksanakan Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat (CTSS) bagi menangani isu itu.

“Terdapat 65,292 teksi di seluruh Semenanjung Malaysia, daripada itu 44,012 adalah teksi bermeter yang sebahagian besarnya dimiliki oleh syarikat (62 peratus).

“Sejumlah yang besar, iaitu 70 peratus daripada teksi adalah tertumpu di Wilayah Tengah, dimana 95 peratus daripada mereka beroperasi di Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

“Memandangkan angka yang besar ini, persoalan mengenai ketiadaan teksi di Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang ketika waktu puncak tidak seharusnya timbul. Tetapi sepertimana diketahui dan dialami oleh umum, keadaan ketiadaan teksi ini tetap berlaku,” kata kenyataan itu hari ini.

SPAD menjelaskan, kaji selidik oleh SPAD mendapati hanya 27 peratus daripada jumlah teksi sedia ada mempunyai sambungan melalui aplikasi tempahan teksi.

Justeru, bagi mengisi kekurangan itu, SPAD akan melaksanakan CTSS yang akan berfungsi sebagai pusat bagi memantau pengagihan dan prestasi teksi.

“Ia akan diintegrasikan dengan sistem tempahan bagi meningkatkan mutu perjalanan yang dialami penumpang. Dengan adanya pemadanan pelanggan dan pendapatan yang lebih baik ini, kami percaya pemandu teksi dapat memberikan perkhidmatan yang lebih menguntungkan pengguna,” kata kenyataan itu,

SPAD turut memaklumkan akan mencadangkan pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang akan melibatkan semakan terhadap kuasa kawal selia secara menyeluruh ke atas industri teksi.

SPAD bagaimanapun memberi jaminan usaha-usaha itu tidak akan menghalang inovasi, melindungi model perniagaan sedia dan mengutamakan kepentingan orang ramai.

SPAD turut menjelaskan, agensi itu akan mengkaji semula polisi pelesenan sedia ada, memperbaiki program penguatkuasaan dan mewujudkan medan persaingan yang adil kepada semua pihak bagi memberi manfaat kepada orang ramai. – MYNEWSHUB.CC

Tags: SPADTeksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

Teksi Boleh Bawa Penumpang Antara Singapura – Johor Bahru

01/05/2022
0

SINGAPURA : Mulai hari ini, penumpang yang menyeberangi Tambak Johor boleh mendapatkan khidmat sehingga 240 teksi yang dibenarkan untuk membawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd