• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kucing ‘Lupa Diri’ Lepas Dibela Keluarga Musang

oleh
28/10/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Sejak kecil lagi, seekor anak kucing betina bernama Komari tinggal bersama-sama dengan sekumpulan musang kecil milik sebuah keluarga Jepun. Akibatnya haiwan comel ini ‘lupa’ cara berkelakuan seperti kucing.

Menurut media tempatan, Komari dipercayai dibuang dalam sebuah kotak kertas di tepi jalan dan terbiar sehingga hampir mati kebuluran. Ketika mula ditemui, keadaan dirinya itu sangat menyedihkan sesiapa yang melihatnya.

Pada waktu itu, usianya kurang lima minggu. Sedih melihat tubuh Komari kurus kering, keluarga berkenaan yang tidak didedahkan identiti mereka serta menemui kucing kecil tersebut segera membawanya pulang ke rumah.

Baca! 13 Tips Berguna Dalam Hidup Daripada Kucing

komari-musang-cat-2-data

2D6FE2B900000578-3275842-Komari_snuggled_up_to_one_of_her_siblings_in_a_hammock_she_has_t-a-3_1445243151297

2D6FE27600000578-3275842-image-a-7_1445003274297

Di rumah keluarga berkenaan yang turut dirahsiakan lokasinya itu, Komari berjaya dirawat dan dijaga bersama-sama dengan sekumpulan haiwan peliharaan yang lain. Tidak lama kemudian, Komari kembali sihat cergas.

Namun lucunya, haiwan peliharaan yang membesar dengan Komari adalah enam ekor anak musang jantan dan juga kehilangan kasih sayang selepas induk mereka dipercayai hilang, mungkin maut ketika memburu makanan.

Sejak Komari tiba dan diperkenalkan, musang-musang kecil berkenaan terus ‘menyukainya’ yang dianggap seumpama abang tua dan dua jenis haiwan berbeza latar belakang itu lantas menjadi rapat seperti adik-beradik.

Komari dan musang-musang kecil tersebut malah dikatakan mampu melakukan semua kegiatan rutin harian secara bersama sepanjang hari tanpa menghadapi masalah, daripada aktiviti bermain sehinggalah tidur.

komari-musang-cat-3-data

2D6FE27E00000578-3275842-image-a-6_1445003268108

2D6FE2A500000578-3275842-The_kitten_meows_for_the_camera_in_a_pink_collar_while_in_bed_wi-a-4_1445243151313

Mereka juga makan bersama, meskipun tentulah menikmati menu berbeza. Pemiliknya dikenali @garo004giru itu turut berkongsi kehidupan Komari dengan enam ekor anak musang tersebut menerusi media sosial tempatan.

Dalam masa singkat, Komari menjadi cukup terkenal di laman Twitter dengan memiliki lebih 4,000 pengikut dan setiap video aksi anak kucing ini bersama-sama dengan musang turut dikongsi kira-kira 3,000 kali di Jepun.

Namun apa yang pasti, hidup dengan musang-musang itu telah membuatkan tingkah laku Komari tampak jelas seperti seekor musang, dan nampaknya Komari mungkin ‘terlupa’ asal-usul dirinya bahawa ia sebenarnya kucing!

Mujur, satu perkara menyebabkan Komari masih lagi sedar bahawa ia sebenarnya ialah kucing dan bukan musang iaitu bunyi lazim semula jadi ‘meow‘ yang mustahil boleh diubah sampai bila-bila. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: kucing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd