• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon STPM, MUET 2015 Dinasihati Pakai Topeng Muka

oleh Ahmad Albab
28/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Malaysian University English Test (MUET) 2015 dinasihati supaya memakai alat pelindung pernafasan sewaktu menduduki peperiksaan jika masalah jerebu masih berterusan ditempat mereka pada November ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan turut menasihati calon yang berhadapan dengan masalah bencana alam di tempat mereka pada November ini supaya pergi ke pusat peperiksaan berdekatan untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

“Jika jerebu masih berlaku semasa peperiksaan berlangsung, calon dinasihati agar memakai alat pelindung pernafasan.

“Jika berlaku sebarang bencana alam pula, seperti banjir atau tanah runtuh dan calon mendapati sukar untuk sampai ke pusat peperiksaan, calon dinasihati supaya pergi ke pusat peperiksaan yang berdekatan dan melaporkan diri kepada Ketua Pengawas di pusat peperiksaan yang berkenaan bagi menduduki kertas peperiksaan pada hari tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, seramai 45,619 calon akan menduduki peperiksaan Penggal 3 STPM 2015 di 742 pusat peperiksaan di seluruh negara pada 2, 3, 4, 5, dan 16 November ini.

Kata kenyataan itu, daripada bilangan itu, seramai 44,999 calon sekolah kerajaan, 346 calon sekolah swasta, 266 calon persendirian individu dan 8 calon sekolah kerajaan negeri.

Tambah kenyataan itu, seramai 52,136 calon pula akan menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2016 pada 17, 19, 23, dan 24 November 2015 di 726 buah pusat peperiksaan.

“Daripada bilangan ini, seramai 51,737 orang calon sekolah kerajaan, 286 calon sekolah swasta, 98 calon persendirian individu dan 15 calon sekolah kerajaan negeri,” kata kenyataan itu.

MPM turut memaklumkan, peperiksaan Ulangan Penggal 1 STPM 2015 akan diadakan pada 17, 19, 23, dan 24 November 2015 dengan seramai 38,938 calon akan mendudukinya.

Manakala peperiksaan Ulangan Penggal 2 STPM 2015 akan diadakan pada 25, 26, 30 November, dan 1 Disember 2015 dengan seramai 37,249 orang.

“Ujian MUET Sesi November 2015 pula akan dijalankan pada 7 November 2015 di 687 buah pusat ujian dengan seramai 79,616 calon,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JerebuMUETSTPMtopeng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Matlamat sebenar pihak yang mendesak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah UEC dijadikan setaraf dengan Sijil Pelajaran...

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd