• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kena Gangguan Seksual Semasa Mengacara Rancangan

oleh Ahmad Albab
29/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pengacara program di televisyen di Mexico, Tania Reza, telah meninggalkan rancangan berkenaan yang disiarkan secara langsung selepas rakan pengacaranya, Enrique Tovar telah menyentuhnya dalam kes gangguan seksual yang mengejutkan ramai.

Ketika itu mereka sedang mengacarakan rancangan ‘A Toda Maquina’ apabila Tovar berulang kali menyentuh pinggang dan merapatkan badan serta menyentuh dada Reza.

Pada mulanya Reza cuba mengawal kemarahan namun akhirnya dia berjalan keluar sambil menyatakan `saya tidak boleh melakukan ini (mengacara)’.

Susulan itu satu siasatan dalaman dijalankan dan pihak televisyen mendapati kedua-duanya bersetuju untuk berpura-pura berlaku gangguan seksual supaya video berkenaan dapat akan menjadi viral. Kedua-duanya kemudian telah dipecat.

Namun Reza membuat pengakuan mengejutkan apabila menyatakan dia telah diberikan tekanan agar memberitahu bahawa gangguan seksual itu merupakan satu lakonan.

“Menyedihkan apabila terdapat tekanan daripada syarikat yang menyifatkan anda bersalah dan mereka hanya lepas tangan.

“Jika mereka memaksa saya menarik mesej ini dalam Facebook, sekurang-kurangnya saya telah memuatnaik dalam media sosial saya,’’ katanya.

Manakala Toyar pula menyatakan mereka berdua adalah kawan rapat dan tidak mungkin akan berlaku gangguan seksual.

“Kami amat rapat. Kami makan bersama, siap bertepuk tampar dan melakukan semua bersama,’’ katanya.

Tidak diketahui versi cerita mana yang betul namun pihak berkuasa tetap menyiasat Tovar kerana melakukan gangguan seksual. – MYNEWSHUB.CC

Tags: seksual
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sugarbook.com Perlu Disekat – MOSTI

15/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Laman web dan aplikasi, Sugarbook.com perlu disekat kerana dipercayai menjalankan aktiviti persundalan secara dalam talian, kata Timbalan...

Amang Seksual: Bapa 3 Anak Dijel 50 Tahun, 4 Sebatan

31/10/2018
0

MELAKA - Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 50 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd