• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 300,000 Berdaftar Dalam Sistem Maklumat OKU

oleh Ahmad Albab
27/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah 354,874 Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) secara sukarela, setakat September lepas.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pendaftaran itu meliputi tujuh kategori ketidakupayaan.

“Ini termasuk OKU yang menghadapi masalah pembelajaran seramai 126,511 orang, fizikal (121,175); penglihatan (31,756); pendengaran (29,061); mental (28,282); pertuturan (1,736) dan masalah pelbagai (16,353),” katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) yang meminta beliau menyatakan jumlah terkini OKU berdaftar dengan JKM mengikut jenis kelainan upaya, dan usaha dilakukan dalam membantu golongan ini mendapat pekerjaan di sektor awam dan swasta.

Menjelas lanjut, Rohani berkata kerajaan juga memperkenalkan dasar satu peratus peluang pekerjaan di sektor awam kepada OKU pada tahun 1998 dan menyasarkan 16,000 OKU memenuhi pengisian jawatan sektor awam menjelang tahun 2020 dalam Rancangan Malaysia ke-11.

“Dalam usaha membantu golongan OKU mendapat pekerjaan dalam sektor awam juga, kementerian menubuhkan Task Force Pemantauan Isu Ketidakupayaan yang dipengerusikan Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Azizah Mohd Dun,” katanya.

Katanya dalam usaha memberi sokongan kepada OKU mendapat pekerjaan, KPWKM juga mengadakan latihan kemahiran yang mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui institusi OKU seperti Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan di Bangi.

Dalam pada itu, Rohani berkata 431 OKU menyertai program ‘Job Coach’ bagi tempoh Mac 2012 hingga September tahun ini dan kekal dalam pekerjaan mereka sehingga kini.

Katanya tujuh syarikat menggaji OKU dalam perusahaan mereka termasuk GCH Retails (M) Sdn. Bhd., KFC (M) Holdings Bhd., Mohamed Mydin Holding Bhd. (Retail), Shangri-La Hotel, McDonald’s Malaysia, AEON Big dan Aeon Jusco.

“Bagi membantu golongan OKU mendapat pekerjaan di sektor swasta, program Job Coach ini berjaya menimbulkan kesedaran kepada majikan menggajikan OKU dalam perusahan mereka dan kami harap ramai lagi akan berbuat demikian,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Hasbullah yang mahu kepastian sejauh mana pihak kerajaan dan swasta memperakui kad perakuan OKU yang dikeluarkan, Rohani berkata pemegang kad itu akan memperoleh 25 keistimewaan yang disediakan buat mereka.

“Tapi sebagai contoh bagi Jabatan Pengangkutan Jalan, mereka memperakui kad itu namun untuk mengeluarkan lesen memandu kepada OKU yang memohon, mereka memerlukan satu lagi pengesahan khususnya daripada Jabatan Kesihatan yang mengesahkan OKU itu betul-betul boleh memandu,” katanya. – BERNAMA

Tags: OKURohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd