WALAUPUN hampir empat tahun menyepikan diri dari bidang seni suara dan perhatian peminat, namun aura ‘diva’ Adele tidak boleh disangkal lagi!
Baru sahaja melancarkan muzik video lagu Hello yang dipetik menerusi album terbaharunya berjudul 25, namun setakat ini, video itu sudah ditonton lebih 84 juta penonton dalam masa lima hari sahaja!
Memetik Reuters, Hello mencatat jumlah tontonan 27.7 juta dalam masa 24 jam, mengatasi rekod 20.1 juta tontonan yang diraih muzik video Bad Blood yang dilantunkan Taylor Swift.
Peminat Teruja Adele Kembali Dengan Album Terbaharu
Album ketiga Adele itu akan mula berada di pasaran pada 20 November ini. – MYNEWSHUB.CC

