• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebocoran Minyak Bukan Disebabkan Mendapan Tanah

oleh Ahmad Albab
27/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kebocoran minyak di ruang meletak pesawat Q10 dan Q12 Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) di Sepang, bukan disebabkan oleh mendapan tanah seperti dilaporkan dalam media, kata Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB).

MAHB dalam kenyataan berkata, menurut Kuala Lumpur Aviation Fueling Systems (KAFS) yang bertanggungjawab bagi pengurusan, operasi dan penyelenggaraan saluran paip, saluran paip itu yang terletak di atas tapak khas, tidak terjejas akibat mendapan tanah tersebut.

“KAFS sedang menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti punca kejadian. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) juga telah diberi taklimat mengenai insiden berkenaan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga berkata operasi lapangan terbang di KLIA2 tidak terjejas kerana mempunyai ruang meletak pesawat yang mencukupi bagi menampung operasi pesawat setiap hari.

“Malaysia Airports akan memberi maklumat lengkap berhubung insiden itu kepada syarikat penerbangan bagi memastikan operasi mereka tidak terjejas,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: KLIA2MAHB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

Inisiatif QRT Imigresen Tangani Kesesakan Kaunter Di KLIA Dan KLIA2

Inisiatif QRT Imigresen Tangani Kesesakan Kaunter Di KLIA Dan KLIA2

01/02/2023
0

SEPANG : Penugasan anggota Pasukan Tindakan Pantas (QRT) Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membantu mempercepatkan proses...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd